berita

‘Pemergian Amir Beri Kesan Kepada Seluruh Ahli Keluarga Saya’ – Ibu Angkat

January 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Lebih kurang tiga bulan yang lalu, ibu angkat kepada arwah Zubaidi Amir Qusyairi iaitu Norlida Abu Hassan, memberitahu bahawa mereka sekeluarga sangat berat untuk melepaskan Amir namun, keluarga kandungnya lebih berhak ke atasnya. Tambah wanita tersebut, dia bersyukur kerana sempat mencurahkan kasih sayang kepada Amir walaupun hanya menumpang kasih selama enam tahun.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Kandung Mu Lebih Berhak Ke Atas Mu, Selamat Tinggal Amir’

Artikel berkaitan: Kanak-Kanak Maut Selepas 3 Bulan Diserahkan Kepada Keluarga Kandung, Dipercayai Didera

Artikel berkaitan: ‘Binatang Punya Mak!’ – Netizen Serang FB Ibu Kandung Arwah Amir

Menerusi laporan Harian Metro, Norlida redha dengan berita kematian anak angkatnya itu. Cuma, dia tidak boleh menerima hakikat seandainya kematian Amir disebabkan kekejaman manusia.

Terkejut dengan berita pemergian Amir

Menurut Norlida, dia sangat terkejut sebaik sahaja mengetahui berita kematian anak angkatnya itu. Tambahnya, mereka baru sahaja berpisah sejak tiga bulan yang lalu. Jelasnya lagi, seluruh ahli keluarganya terkesan kerana Amir sudah dianggap seperti darah daging sendiri.

Saya jaga dia daripada kecil seperti anak sendiri, tak pernah rasa beban malah bersyukur ada anak angkat sepertinya. Dia anak yang petah bercakap, bijak orangnya jadi pemergiannya memberi kesan bukan kepada saya seorang tetapi juga suami juga anak lain iaitu kakak dan abangnya.

Kalau kena marah sikit sekalipun,dia akan menangis,memanggil Umi (nama panggilan buat Norlida) jadi tidak kasihan ke individu itu kepadanya.

Mengulas lebih lanjut, Norlida memberitahu bahawa mereka sekeluarga bergegas ke Melaka sebaik sahaja mendapat tahu mengenai berita tersebut.

Berharap keadilan ditegakkan

Selepas dapat tahu, kami terus ke balai polis berhampiran meminta kebenaran untuk merentas negeri. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan sehingga kami selamat tiba di sini (Melaka). Saya cuba terima pemergiannya cuma berharap keadilan ditegakkan buatnya jika benar dia dibunuh.

Saya dapat tahu mengenai kematian selepas dihubungi jiran yang juga pengasuhnya petang semalam dan difahamkan, dia meninggal dunia akibat lemas tetapi ada kesan kecederaan pada badannya. Macam tak percaya kerana ada rasa tidak sedap hati sejak kebelakangan ini kerana memikirkan dia dan Umi (ibu) memang ada perancangan ke Melaka untuk bertemu dengannya tetapi tertangguh disebabkan PKP.

Kami semua terkilan dan sedih malah tidak sangka dia meninggal dunia dalam keadaan sebegitu cuma buat masa ini,ma yatnya masih dibedah siasat di Hospital Melaka. Jadi, kami semua perlu menunggu keputusan penuh forensik tengah hari ini.

Sementara itu, anak Norlida iaitu Tuhfah Nazihah Md Tarmidi berkata, dia dan keluarganya terakhir berhubung dengan adik angkatnya menerusi panggilan telefon pada akhir Oktober lalu iaitu beberapa minggu selepas diserahkan kepada ibu kandung. Suara Amir pada masa tersebut dipercayai masih riang seperti biasa. Cuma, mereka tidak dapat lagi menghubungi Amir selepas itu kerana ibu kandungnya memberi pelbagai alasan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×