Selepas debat vaksin, TV Alhijrah Jumaat ini akan menganjurkan satu lagi sesi debat dalam segmen Analisis yang bertajuk ‘Doula: Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor?’. Semestinya ramai yang tidak sabar menanti hujah menarik yang akan dibentangkan oleh Prof Dr Imelda Balchin dan Hayati Muzaffar.
Di Facebook Dr Suhazeli Abdullah, kongsi 15 permintaan dan kelakuan sepanjang perbincangan pihaknya dengan doula di Malaysia.
15 karenah doula di Malaysia
15 KARENAH DOULA MALAYSIA
.
Sepanjang perbincangan kami dengan pihak doula di Malaysia, inilah permintaan dan kelakuan mereka:
.
1) Tiada doktor lelaki dalam Bilik Beranak (LR). Isu aurat wanita yang dilihat oleh menjadi topik utama berbanding dengan keperluan dan rukhsah semasa merawat. Mungkin boleh diperbincangkan lanjut, malah ramai agamawan telah memberikan pendapat sesuai dengan situasi dalam negara kita.
.
2) Doktor tidak dibenarkan buat pemeriksaan anggota kemaluan (Vagina Examination – VE). Sebab dikira sebagai mencabul (birth rape) kehormatan wanita menggunakan jari jemari. Tambahan pula jika doktor pelatih yang buat- Lelaki pulak tu. sadis. Doktor yang merawat hanya mengintai bentuk perut dan tunggu bayi keluar sahaja.
.
3) Tiada ubatan yang boleh membantu proses kelahiran seperti pitocin atau percepatkan pengecutan rahim setelah bersalin sepert Syntocinon. Begitu juga ubat-ubatan lain seperti ubat penahan sakit. Mereka mahu kelahiran itu senatural mungkin. Segala campur tangan ubatan seolah berdosa besar.
Posisi bersalin ibu boleh ubah
4) Posisi ibu semasa bersalin boleh ubah. Tidak hanya kepada satu posisi sahaja seperti yang diamalkan di hospital kerajaan sekarang. Mereka akan mengagung-agungkan hospital swasta yang boleh benarkan mereka bersalin dalam pelbagai posisi ikut kemahuan para doula. Samada posisi berdiri, mencangkung, menunggeng, meniarap, ikut graviti, dalam kolam dan banyak lagi yang diajarkan oleh doula kesayangan mereka. Kata mereka kaedah itu adalah fitrah seperti haiwan gajah, lembu, kambing dan sebagainya. Bukan ke proses kelahiran itu satu fisiologi normal dan fitrah kepada manusia? Saidatina Maryam, bonda Nabi Isa pun bersalin sambil mencangkung bawah pokok tamar, tambah mereka lagi. Itulah soalan yang selalu diungkit-ungkitkan.
.
5) Suasana bilik beranak penuh dengan ritual keagamaan seperti ada music, nasyid ? atau bacaaan Quran sepanjang masa.
.
6) Ibu yang sedang bersalin jangan diikat dengan mesin CTG (mesin periksa jantung anak dan kontraksi rahim) kerana ganggu pergerakan. Bahkan mesin itu semua adalah alatan barat yang direka oleh Yahudi. Ultrasound pun boleh sebabkan autism, hujah seorang dari mereka yang diangkat sebagai doktor idola geng doula.
.
7) Tidak pecahkan ketuban (Artificial Rupture of Mambrane -ARM) dengan alatan besi atau plastik hospital. ARM adalah tidak alami, lalu ditempek beberapa kajian yang entah dari mana diceduk untuk dijadikan hujah secara terpilih itu – cherry picking).
.
? Tidak buat EPISIOTOMY. Menggunting daging kemaluan sudah tidak natural dan merosakkan organ yang Tuhan kurniakan. Organ itu adalah kehormatan wanita yang perlu dijaga. Jika menggunting semasa bersalin, bimbang akan rosakkan hubungan dangan suami selepas ini. Maaf terpasksa sebut- depa risau anggota anu tidak ket*t.
Ada kes bercumbuan atas katil bilik beranak
9) Benarkan suami masuk untuk rangsang hormon oxytocin secara natural. Ada kes mereka bercumbuan atas katil bilik beranak. Malu nurse dan doktor yang bertugas tengok aksi ranjang yang mereka lakukan. Atas alasan rangsang hormon cepat bersalin secara natural. Mungkin ada satu slibus khusus kut dalam kelas doula di Malaysia ni bab tersebut.
.
10) Tidak beri vaksin BCG, Vitamin K dan tolak vaksin secara total. Majoriti mereka adalah anti-vaksin, anti perubatan moden dan penjual produk kesihatan.
.
11) Doula akan mengarahkan siapa yang kendalikan kelahiran supaya lambatkan potong tali pusat bayi (Delay Cord Clamping >3 minit) dengan hujah darah dari tali pusat itu sumber imunisasi natural dari ibu. Malah dalam kes-kes doula yang terlibat itu sendiri bersalin di rumah semata-mata nak lari dari campur tangan anggota kesihatan yang mahir. Mereka tidak memotong tali pusat sehingga melebihi 12 jam. Kes kematian akibat kendalian doula semasa bersalin pun sudah cukup mengerikan kita.
.
12) Bagi kes berisiko yang telah melalui pembedahan semasa bersalin (c-section) sebelum ini, doula akan berkeras untuk tidak benarkan doktor membuat pembedahan berikutnya. Sehinggakan mereka membuka satu group facebook khusus untuk terus menghasut sesama mereka supaya bersalin normal walaupun penuh dengan risiko. Terutamanya bagi ibu-ibu yang telah mengalami pembedahan C-Section 2 kali dan ke atas.
.
13) Benarkan makan dan minum semasa beranak. Kalau boleh sediakan terus makanan sunnah di tepi katil.
Mereka jalankan konsultasi perubatan
14) Mereka menjalankan konsultasi perubatan dalam perawatan kes. Seolah-olah merekalah bidan, merekalah doktor dan merekalah peneman sebelum, semasa dan selepas bersalin. Dunia semakin canggih, konsultasi perawatan mereka pun boleh melalui telefon pintar.
.
15) Yang sahih, jelas dan benar bahawa mereka tiada asas dan kelayakan bidang perubatan pun. Hanya belajar melalui Youtube online selama 22 jam dan sudah meniktiraf sesama mereka sebagai doula bertauliah. Kursus sana-sini yang mereka sebagai “try and error” sambut bayi tu ada lah. Tetapi entah dari badan berautoriti dan badan berintegriti mana pun kita tidak tahu iktiraf kursus yang mereka ambil dan jalankan. Sijil-sijil doula yang mereka pamerkan dalam media sosial pun bukan dari mana-mana universiti dunia.
.
Sekian kompilasi yang sempat saya catat sepanjang tempoh berhujah dengan mereka di media sosial.
.
Jika rasa penting, boleh jawab sendiri falasi mereka itu. Jika catatan ni tak signifikan. Abaikan or delete. Mungkin benar, dan mungkin tidak benar!
.
Catatan dari suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
20.2.2019
Jerangau
.
P/s Mungkin Prof Imelda Balchin akan beri pencerahan pada malam jumaat nanti. Kita sama saksikan
Sumber : Suhazeli Abdullah