Penyanyi, Zizi Kirana menegaskan terdapat banyak isu yang lebih penting untuk diberi perhatian berbanding mencampuri urusan rumah tangga individu lain khususnya golongan selebriti.

Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Kembali Di Threads, Warganet Teruja – ‘Terima Kasih Sudah Buka Mata Dunia’

Artikel Berkaitan: ‘Melutut Dalam Keadaan Berpanas, Disuruh Buka Stokin, Tudung Ditarik, Baju Digunting’ – Zizi Kirana Kongsi Pengalaman Sebagai Tahanan

Ada yang lagi penting

Kata Zizi atau nama sebenar, Nur Fazelah Mad Tahil, 40, orang ramai seharusnya menumpukan perhatian kepada isu utama yang sedang melanda dunia ketika ini iaitu situasi di Palestin.

Kita ada misi yang lebih penting daripada masuk campur dan komen tentang rumah tangga orang lain.

Cukup doakan yang baik-baik. Sekarang tolong fokus cerita tentang Palestin. Sebarkan tentang Palestin.

Komen netizen

Kebanyakan orang ramai bersetuju dengan kenyataan Zizi dan berharap agar isu berkaitan rumah tangga selebriti tidak lagi dijadikan bahan perdebatan di media sosial.

Di samping itu, orang ramai diingatkan agar tidak henti menyebarkan maklumat semasa tentang Palestin.

Sekadar info, Zizi antara selebriti yang lantang bersuara tentang situasi di Palestin.

Tidak hanya itu, aktres itu juga sebelum ini menyertai misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju ke Gaza bagi menyerahkan bantuan.

Sumber: Threads