Selepas beberapa hari tanpa sebarang perkongsian di media sosial, penyanyi, Zizi Kirana akhirnya membuat kemunculan semula di platfrom Threads hingga menuai perhatian orang ramai.

Artikel Berkaitan: ‘Melutut Dalam Keadaan Berpanas, Disuruh Buka Stokin, Tudung Ditarik, Baju Digunting’ – Zizi Kirana Kongsi Pengalaman Sebagai Tahanan

Artikel Berkaitan: ‘Saya Pun Tak Ada Kekuatan Macam Zizi Kirana’ – Yusuf Bahrin

‘Apa khabar?’

Dalam perkongsian terbaharu, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil, 40, memuat naik satu hantaran dengan bertanya khabar kepada pengikutnya selain berharap semuanya dalam keadaan baik.

Assalamualaikum, hi semua. Kalian apa khabar? Sihat-sihat selalu ya.

Tidak dinafikan perkongsian tersebut mengundang rasa teruja dalam kalangan peminat terutamanya mereka yang setia menantikan kemunculan Zizi selepas berita mengenai penahanannya tersebar sebelum ini.

Respon peminat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat membalas hantaran itu dengan bertanyakan kembali keadaannya kesihatannya dan mendoakan kesejahteraannya.

Difahamkan juga, hantaran itu merupakan perkongsian pertama selepas dia menghilang selama lima hari.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan seramai 23 Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) Malaysia dijangka akan pulang ke Malaysia pada malam Selasa.

Sumber: Threads