berita

‘Ada Penyakit Lain’ – Dr Noor Hisham Nafi Dakwaan Doktor Ali Meninggal Dunia Akibat Penat

January 20th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Semalam, seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia. Berita sedih itu dikongsikan menerusi laman Facebook Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia. Rata-rata sebak melihat foto terakhir Allayarham Dr Ali yang keletihan letih di meja.

Jatuh sakit

Kami baru menerima khabar kematian Almarhum Dr Ali Noor Hassan melalui laman Facebooknya. Arwah merupakan ahli berdaftar SPJM dan telah mengikuti SPJM sejak tahun 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada 2 tahun lepas.

Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19. Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.

Menurut Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, Dr Ali dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai Ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya.

Tambahnya lagi, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah. Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.

Dr Noor Hisham nafi


Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bahawa Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas. Menurut, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah doktor itu mempunyai penyakit lain.

Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja.

Dalam perkongsian terdahulu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Sumber : Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×