Semalam kecoh di media sosial apabila Tauke Jambu sah bercerai dengan isterinya menerusi whatsapp. Dalam kenyatan lain, isterinya mendakwa penceraian adalah kerana orang ketiga dari seberang.
Artikel Berkaitan : ‘Ini Bukan Kali Pertama..’ – Sah Bercerai Menerusi Whatsapp, Nadia Dakwa Ada Orang Ketiga
Terbaru, menerusi Harian Metro, pelawak itu menafikan kenyataan dibuat isterinya. Dia turut berharap agar orang ramai berhenti sebarkan fitnah dan mendoakan rumah tangganya.
Kami masih suami isteri
Kami masih lagi suami isteri. Cerita kami sudah bercerai menerusi Whatsapp itu tidak betul. Biasalah, dia tengah panas dan kami sedang bergaduh ketika itu. Orang perempuan memang cepat melatah.
Tapi ada pihak yang menghasutnya. Cuma saya berharap semua pihak tidak sebarkan lagi fitnah dan doakan yang baik-baik.
Menurut Tauke Jambu, dia tidak menafikan perselisihan faham berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini namun dia menafikan sekerasnya dakwaan dibuat Nadia itu.
Biar dia tenang dahulu
Memang kami ada bergaduh dan ia adat dalam rumah tangga. Tapi tindakannya itu salah. Saya sudah puas menasihatkannya dan sebagai lelaki saya perlu banyak bersabar dengannya.
Biarlah Nadia menenangkan dirinya di kampung dulu.
Tambahan, Tauke turut ingin memberi fokus pada program Maharaja Lawak Mega terlebih dulu sebelum menyelesaikan masalah rumah tangganya. Terdahulu, Nadia turut mendakwa Tauke menceraikannya menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp ketika dia di kampung.
Sumber : Harian Metro