Mula memakai hijab pada tahun 2021, pelakon, Syanie Hisham mengaku dia semakin kurang mendapat tawaran berlakon.
Artikel Berkaitan: Gagal Dalam Perkahwinan Sebelum Ini, Syanie Kembali Bergelar Isteri
Artikel Berkaitan: Syanie Jalani Pembedahan Buang Rahim, Ovari
Satu atau dua tawaran setahun
Memetik laporan BH Online, Syanie mendakwa hanya menerima satu atau dua tawaran lakonan setiap tahun, sejak mula bertudung. Bagaimanapun, dia percaya rezeki masih ada berikutan mengusahakan perniagaan bersama suami.
Selepas bertudung, ada satu atau dua tawaran diterima dalam tempoh setahun. Misalnya, tahun lalu saya terima dua tawaran menjayakan drama bersiri.
Saya tidak kesal dan tidak kesah sebab sudah berada dalam industri ini sejak 30 tahun lalu. Mungkin orang hendak tengok muka lain, jadi, saya berikan peluang kepada mereka.
Memang peminat anggap pelakon lama dan baharu lain. Tetapi, saya cakap mereka kena faham permintaan stesen televisyen (TV) yang mahukan orang baharu, saya okay sahaja.
Bercerita lebih lanjut, Syanie berkata, kali terakhir dia menjalani penggambaran pada bulan Ramadan, tahun lalu melalui drama bersiri Budak Flat yang sedang ditayangkan di platform penstriman.
Alhamdulillah, watak yang saya bawa dalam siri itu berbeza dan ramai yang puji. Kalau penerbit bagi peluang, insya-Allah saya boleh buat. Janganlah stereotaip pelakon badan besar hanya boleh melakonkan watak komedi. Bagi saya peluang yang diberi Skop Productions sangat baik.
Sumber: BH Online