berita

‘Ada Satu Sahaja Akaun Instagram..’ – Izreen Azminda Perjelas Isu Fake Account Yang Wujud Atas Namanya

March 22nd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Beberapa bulan lalu pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan, Izreen Azminda membuat keputusan untuk menyahaktifkan akaun peribadi instagramnya bagi meredakan kemelut yang sedang melanda.

Terbaru, Izreen menerusi akaun rasmi peminatnya menyampaikan mesej agar netizen berhenti membuat fake account menggunakan namanya dan menyatakan akan aktif semula di Instagram pada waktu yang sesuai kelak.

‘Walaupun akak dikecam, kau tetap nak jadi akak juga..’

https://www.instagram.com/p/BglluVohT3g/?taken-by=izreenazmindafc

Menerusi video tersebut, Izreen menegaskan bahawa Instagram yang wujud atas namanya pada ketika ini adalah palsu dan akan muncul pada masa yang lebih sesuai nanti. Video tersebut telah meraih tontonan sebanyak 5,053 kali selepas dimuatnaik.

‘Kami tidak bertanggungjawab atas apa yang ditulis..’

Instagram rasmi peminat Izreen juga sebelum ini pernah berkongsi beberapa perbualan mereka mengenai akaun palsu yang dibuat menggunakan nama pelakon ini dan menegaskan tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang penulisan menggunakan Instagram tersebut.

‘Ini penganiayaan terbesar buat saya..’

Ini penganiayaan besar terhadap saya. Ketika saya berdepan kecaman dan hentaman masyarakat, akaun IG palsu ini diwujudkan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan yang bukan datang dari mulut saya.

Saya tidak tahu angkara siapa, tetapi biar Allah SWT yang membalasnya. Selama ini, saya hanya memiliki satu akaun Instagram, tetapi sudah dinyah aktif sejak sebulan lalu

Menerusi laporan dalam Berita Harian pula, Izreen akui ianya seolah-olah wujud bagi mengeruhkan lagi keadaan dan hanya berserah kepda Allah.

‘Kerjaya seni adalah mata pencarian utama’

Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama saya. Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon dan ketika ini, saya sibuk dengan penggambaran drama.

Saya percaya, semua ini cubaan untuk menutup periuk nasi saya, tetapi tidak mengapa. Biarlah kerana Allah ada

Izreen juga menafikan kenyataan yang disebarkan oleh salah satu akaun palsu tersebut tentang pengunduran dirinya dari dunia seni.

‘Tak logic itu Izreen kalau IG rasmi peminat dia block

Dalam pada itu, beberapa akaun lain yang menggunakan nama Izreen Azminda juga dikatakan telah menyekat akaun rasmi peminat Izreen Azminda sendiri dan membuat pelbagai penulisan tidak baik mengenai dirinya.

Credit: Instagram izreenazmindafc & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×