Sekitar beberapa minggu yang lalu, nama Inspektor Sheila menjadi bualan wargamaya selepas tularnya beberapa video memaparkan dirinya menghina pegawai bawahan serta membuat provokasi terhadap seorang wanita di tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di ibu kota.
Artikel Berkaitan: Pegawai Polis Wanita Hina Anggota Lain Ditahan, Dikenakan Tatatertib & Jalani Pemeriksaan Mental
Cari calon suami
Terbaru, Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, tampil memuat naik satu hantaran di laman Facebooknya menyatakan hasratnya yang ingin mendirikan rumah tangga.
Menerusi hantaran itu, Sheila mahu mengajak mana-mana individu yang sudi untuk keluar temu janji dengannya dan perlu diuji beberapa perkara.
Sekiranya berjaya, dia akan membawa individu tersebut untuk berjumpa dengan bapanya bagi memohon restu.
Ada yang mahu berkahwin dengan saya? Maklumkan pada saya di ruangan komen dan kita akan keluar untuk temu janji.
Anda juga akan diuji beberapa perkara untuk menguji keserasian sesama kita.
Sekiranya berjaya mencapai beberapa syarat dan kriteria, kita akan berjumpa ayah saya untuk meminta restu dan persetujuan darinya.
Tambah Sheila lagi, permohonan yang diuar-uarkannya itu terbuka buat semua lelaki bujang sahaja tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
Hanya mereka yang komen pada hantaran ini akan keluar temu janji dengan saya. Permohonan ini terbuka kepada semua lelaki bujang (sahaja) tanpa mengira usia, bangsa, agama, profesion, lokasi dan sebagainya.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat maju jaya buat Inspektor Sheila dan mendoakan usahanya untuk mencari calon suami tercapai.
Sumber: Facebook