berita

Pegawai Polis Wanita Hina Anggota Lain Ditahan, Dikenakan Tatatertib & Jalani Pemeriksaan Mental

June 19th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Beberapa hari yang lalu, tular satu video memaparkan seorang anggota polis wanita yang dilihat mencemuh serta menghina anggota polis pangkat bawahan di Taman Sri Gombak, Batu Caves sehingga menjadi bualan wargamaya.

Artikel Berkaitan: Rani Kulup ‘Report’ Polis Wanita Hina Agama, Dakwa Cemarkan Nama Kuala Kangsar

Sudah ditahan pihak polis

Terbaru, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa pegawai wanita berkenaan telah pun ditahan pada Ahad bagi membantu siasatan.

Wanita itu akan diberi jamin petang ini (Ahad) selepas melengkapkan keterangannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Difahamkan, suspek yang juga penjawat awam hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan memberikan keterangannya mengenai isu yang tular tersebut.

Bukan itu sahaja, pegawai polis wanita itu dilaporkan turut mencetuskan kekecohan di parkir sebuah pusat beli-belah yang terletak di Brickfields.

Dikenakan tindakan tatertib

Susulan itu, tindakan tatatertib dan pemeriksaan kesihatan mental terhadap suspek kini sedang dijalankan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor yang memaklumkan bahawa kertas siasatan sudah dibuka selepas pihak mereka menerima laporan mengenai kejadian terbaharu itu.

Berdasarkan laporan, pengadu mendakwa kejadian berlaku pada 5.26 petang kelmarin ketika dia sekeluarga meletakkan kenderaan di lokasi itu.

Hasil siasatan mendapati berlaku selisih faham apabila OYDS (orang yang disyaki) ingin meletakkan kenderaan di sebelah kenderaan pengadu tetapi pintu pemandu dan penumpang belakang kenderaan pengadu terbuka.

Pengadu menyatakan neneknya sedang menukar lampin pakai buang anak saudara ketika itu. OYDS tidak puas hati menekan hon dan menjerit memarahi pengadu serta ahli keluarga.

Tambah Amihizam lagi, suspek turut memperlekehkan pakaian pengadu yang kelihatan seksi sambil merakam video sebelum perselisihan faham tersebut dileraikan oleh saksi kejadian.

Kini, siasatan akan diteruskan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Video

Sumber: Harian Metro, TikTok

SKIP THIS AD ×