berita

Lelaki Telefon Balai Polis Lebih 300 Kali, Minta Pegawai Wanita Puaskan Nafsu

August 9th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Lelaki Telefon

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan mengganggu seorang pegawai polis wanita dengan membuat lebih 300 panggilan telefon melalui nombor telefon rasmi sebuah balai polis di India.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Malu Kamera Hala Dekat Kawan Awak’ – Lelaki Upah RM500 Ajak Pelajar Video Call Sambil Onani

Artikel Berkaitan: Remaja Ghairah Seks ‘Kacau’ Kaunselor Penyusuan, Buat Panggilan Video Sambil Onani

Ganggu pegawai polis

Lelaki Telefon

Gambar sekadar hiasan

Menurut pihak pendakwaan, tertuduh menghubungi pegawai wanita itu dengan niat untuk memenuhi keinginan seksualnya.

Hakim Sajini BS mendapati bahawa tindakan suspek menyebabkan ketidakselesaan, gangguan mental dan menimbulkan rasa rimas terhadap kakitangan yang bekerja di balai polis tersebut.

Dalam pada itu, ia turut menjejaskan tugas mereka untuk menjawab panggilan kecemasan dan aduan daripada orang awam.

Sajini turut menegaskan bahawa panggilan melalui nombor telefon rasmi balai polis tidak boleh dijadikan sebagai interaksi secara peribadi.

Susulan perintah mahkamah, suspek disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 354 A (1)(ii) Kanun Keseksaan India iaitu hukuman bagi kesalahan mengintai dan 120(o) Akta Polis Kerala kerana mengganggu ketenteraman awam.

Mahkamah Kerala kemudian menjatuhkan hukuman penjara serta denda RM829 (15,000 Rupee) terhadap lelaki tersebut.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×