berita

Ada Teknologi GentleBright, Ini Review Jujur Penulis Lepas 4 Minggu Guna Produk Terbaru Cetaphil

January 26th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kecantikan

Baru-baru ni, masa tengah belek-belek kulit muka dekat cermin, admin perasan yang kulit nampak agak kusam dan gelap. Bikin stress pula bila memikirkan keadaan kulit wajah.

Tiba-tiba teringat pula salah satu jenama yang cukup dikenali, orang kata penyelamat bila ada masalah muka atau pun kulit sensitif iaitu Cetaphil. Sebenarnya banyak je pilihan, tapi salah satu produk yang admin rasa berhasil bila guna ialah Cetaphil Bright Healthy Radiance.

Nak tahu macam mana pengalaman saya lepas guna produk ni? Baca artikel ni sampai habis ya!

Ada masalah kulit kusam & sensitif

Sebenarnya sebelum ni kulit saya okay je. Tapi, kadang-kadang jadi senang kering, kusam, sensitif, dan tona tak sekata. Tambah pula, kulit muka saya ni agak susah juga nak cari produk yang sesuai.

Masalah kulit kusam pula kalau makin dibiarkan makin nampak gelap dan kalau nak make up pun tak nampak seri. Stress juga dibuatnya bila tengok muka orang lain flawless, sekata dan cantik tapi muka sendiri agak menyedihkan.

Nak dijadikan cerita, satu hari saya berjalan-jalan di drugstore dan mata saya terpandang pula dekat produk Cetaphil. Lebih meyakinkan bila terpampang ayat Bright Healthy Radiance. Terus rasa yakin nak cuba! Maklumlah, skincare tak boleh buat main, memang kena pilih yang betul dan berkesan dengan kulit wajah.

Pengalaman minggu pertama & kedua guna produk ni!

Pada minggu pertama meggunakan Cetaphil Bright Healthy Radiance, memang belum 100 % nampak lagi kesannya. Tapi, tetap ada juga sedikit perubahan.

Disebabkan saya suka dan percaya dengan Cetaphil, jadi saya tetap sabar menunggu result yang lebih bagus sehinggalah hampir dua minggu guna. Memang tak dapat disangkal lagi produk ni bagus dan berkesan untuk kulit saya.

Kalau korang nak tau, kulit saya ni jenis kombinasi. Jadi, kadang-kala kelihatan kusam dan liang roma pun tersumbat. Dengan teknologi GentleBright dalam Cetaphil Bright Healthy Radiance, ia membantu menyelesaikan sebahagian besar masalah yang saya hadapi. 

Jerawat berkurangan, kulit rasa sihat & segar

Tak tahulah sama ada produk ni memang ada rumusan khas yang boleh membantu mengurangkan masalah jerawat atau tak. Tapi apa yang pasti, percayalah ia berkesan untuk kulit saya.

Produk Cetaphil macam korang tahu ia digabungkan dengan pemahaman kulit sensitif dan kepakaran penjagaan oleh pakar dermatologi, malah ada ramuan hebat yang saya percaya telah diuji secara klinikal dan tidak akan buat kulit sensitif saya jadi tak selesa.

Mungkin ini jugalah antara sebab jerawat pada muka saya dah tak muncul dan parut jerawat pun kian berkurang. Kulit juga rasa sihat dan segar je setiap masa. Best gila!

Minggu keempat kulit kelihatan cerah dari sebelumnya. Confident betul!

Sejujurnya saya rasa insecure adalah bila kulit saya nampak gelap. Dah banyak juga produk saya cuba, tapi entah lah… Langsung tak bagi result yang memuaskan.

Tapi dengan Cetaphil Bright Healthy Radiance, kulit saya kelihatan cerah, tona pun nampak sekata dan kulit pun berseri je. Memang rasa lebih confident tau!

Ini kerana Cetaphil Bright Healthy Radiance menggabungkan Niacinamide dan Sea Daffodil iaitu ekstrak tumbuhan semula jadi secara eksklusif dan bahan yang baik bagi mengurangkan bintik-bintik gelap. Tak hairanlah kenapa ianya bertindak baik dengan kulit saya!

Apa yang menakjubkan lagi, Cetaphil Bright Healthy Radiance boleh membantu memperbaiki penampilan kulit yang menua. Selain itu, ia juga tampil dengan tekstur yang lembut tapi kuat untuk memberi kesan positif pada kulit. 

Korang memang wajib cuba tau!

Okay guys, secara keseluruhan itu jelah review yang saya dapat share dengan korang tentang Cetaphil Bright Healthy Radiance sepanjang 4 minggu penggunaan. Saya harap selepas ini, kulit saya semakin cerah berseri dan terus terjaga.

Kalau diberi pilihan untuk produk yang bagus dan berkesan , memang saya akan terus menggunakan Cetaphil Bright Healthy Radiance. Masalah bintik hitam dan lain-lain masalah lepas ni confirm boleh setel tau!

Saya pun sarankan korang untuk mencuba juga produk ni sendiri. Mana tau berkesan dan dapat hasil yang memuaskan macam saya. Tapi, janganlah sekali pakai terus nak nampak efek positif tu. Apa-apa pun sabar dan tengok perubahan dari hari ke sehari.  

Bagi yang nak tahu lebih lanjut lagi tentang produk ni, korang layari je laman web Cetaphil Bright Healthy Radiance. Selamat mencuba!

SKIP THIS AD ×