berita

Ada Titisan Darah Depan Rumah – Lelaki Kongsi Kisah Penanggal Mahu Ambil Anak Dalam Kandungan

May 11th, 2017 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

Zaman sekarang jarang sangat kita dengar cerita pasal hantu berkeliaran. Kalau zaman dulu kala memang banyak. Sebab masyarakat kita sekarang dah banyak berubah ke arah kebaikan dan meninggalkan benda kurafat ni. Kalau ada pon cerita mistik, banyaknya berkaitan jin dan syaiton.

Terbaru, seorang lelaki berkongsi kisah dengan Sinar Harian di mana isterinya diganggu makhluk yang dikenali sebagai Penanggal. Awalnya memang dia tak percaya walaupun sebelum ni memang ada cerita dari orang kampung di Bachok, Kelantan.

Nampak bebola api di perkuburan.

Gambar hiasan

Menurut Sinar Harian, ini kali kedua pihak mereka mendapat cerita yang sama. Di mana sebelum ini seorang kaki pancing terlihat bebola api di atas kubur di Bachok. Bebola api sering dikaitkan dengan jelmaan penanggal bagi negeri di semenanjung atau balan-balan di Sabah.

Ada titisan darah depan rumah.

Gambar hiasan

Lelaki berusia 30 tahun yang mahu dikenali sebagai Man tidak pernah percaya dengan kewujudan hantu jembalang di kampungnya. Dia tidak pernah alami sebarang gangguan walaupun sering pulang lewat malam ke rumah ibunya.

Tapi, selepas isterinya diganggu dia mula percaya wujudnya penanggal. Man berkata, gangguan itu berlaku ketika dia bawa pulang isterinya ke kampung yang ketika itu baru beberapa bulan hamil anak sulung. Kata Man, ketika tidur dia terjaga apabila melihat isterinya mengigau dan meracau.

Puas saya kejutkan dia tapi dia tak sedar. Sudahnya saya jirus air pada mukanya barulah dia sedar. Ketika di kampung, isteri saya tak cerita apa yang berlaku. Dia cerita selepas kami pulang ke rumah sewa di Kota Bharu. Isteri kata ketika tidur dia didatangi penanggal yang mahu ambil anak dalam kandungan. Keesokan hari kami nampak ada titisan darah di depan rumah.

Penanggal ni orang cakap memang suka darah wanita baru lepas bersalin. Selalunya perempuan yang menuntut ilmu hitam ini demi kepentingan tertentu. Contohnya untuk kekalkan kecantikan, bunuh musuh dan jaga tanaman atau peliharaan mereka.

Kredit : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×