Pelakon Jay Iswazir mengakui dia menerima pelbagai komen negatif termasuk ugutan selepas pendedahan yang dibuat oleh bekas isterinya iaitu Azzahra Ahmad.
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Proses Mendapatkan Perdamaian & Membersihkan Nama’ – Jay Iswazir
Artikel Berkaitan: Isteri Jay Iswazir Umum Bercerai Selepas Dua Tahun Kahwin – ‘Kesakitan Ini Tak Mampu Untuk Saya Menanggung Sendirian’
Artikel Berkaitan: Jay Iswazir Dakwa Difitnah, Sudah Hantar ‘LOD’ Kepada Bekas Isteri & Minta Buat Permohonan Maaf Dalam Tempoh Tujuh Hari
Terima kecaman paling teruk
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Jay berkata, dia memilih untuk kekal bertenang dan percaya Allah sentiasa bersamanya.
Ini kecaman paling teruk dalam kerjaya saya. Saya baca tapi tidaklah sampai koyak, cuma renungkan apa yang Allah sedang susun untuk diri saya.
Ada yang cakap saya dayus, lelaki red flag dan ada juga perempuan mesej saya kata nak pukul saya.
Saya juga ada terima mesej ugutan tapi buat masa sekarang saya okay sahaja, saya percaya Allah ada bersama saya.
Disoal mengapa bertindak untuk membaca komen netizen, Jay memberitahu dia mahu mengetahui persepsi netizen terhadapnya. Tambah Jay, dia tidak membalas komen tersebut.
Saya baca komen sebab nak tahu persepsi orang bila isu seperti saya ini menjadi bualan di media sosial. Cumanya saya hanya baca tapi tak balas komen kecaman yang diterima.
Berbicara lebih lanjut, Jay memberitahu selepas kontroversi tersebut viral, namanya digugurkan daripada beberapa tawaran stesen televisyen.
Ada beberapa tawaran berlakon yang nama saya kena tolak selepas isu kontroversi yang berlaku. Cuma saya tidak mahu tuduh melulu nama saya ditolak kerana isu tersebut sebab tiada surat rasmi pun kata nama saya kena gam sebab perkara yang terjadi.
Terdahulu, Azzahra diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktor berusia 42 tahun itu bermula tarikh notis tuntutan dikeluarkan iaitu pada 19 Disember 2024.
Sekiranya Azzahra enggan berbuat demikian, Jay akan memfailkan tuntutan di mahkamah dan bertindak menuntut ganti rugi.
Difahamkan, notis tersebut dikeluarkan berhubung kenyataan dibuat Azzahra baru-baru ini mendakwa aktor itu telah mengasarinya dalam tempoh tiga bulan perkahwinan serta didesak untuk menggugurkan kandungan.
Selain itu, Azzahra juga mendakwa Jay culas dalam membayar nafkah selama tempoh dia menjadi isteri.
Sekadar info, Jay dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 dan mengumumkan perceraian mereka pada 30 November lalu.