Suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria memberi kata-kata semangat buat anak tirinya Marissa Dania Hakim selepas kes perceraiannya selesai di mahkamah kelmarin.

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah’ – Abby Abadi Syukur Kemelut Rumah Tangga Marissa Dania Akhirnya Selesai

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Marissa Kuat, Reda Bukan Lagi Isteri Aslam

Kata-kata semangat

Menerusi komen di Threads, Faizal menasihati Marissa supaya mengambil iktibar dari semua perkara yang berlaku dengan memulakan perjalanan hidup yang baharu.

InsyaAllah masa depan lebih cerah, apa yang dilalui sebelum ini dijadikan sebagai pengajaran.

Fikir masa depan, tutup segala cerita lama. Ia mungkin tak boleh dipadam tetapi ‘seal’ ketat-ketat, buka lembaran baru untuk masa depan.

Dalam masa yang sama, Faizal juga bersyukur apabila kemelut rumah tangga Marissa akhirnya selesai dan akan tetap mendoakan kesejahteraan anak tirinya itu.

Abah sentiasa doakan yang terbaik untuk adik.

Alhamdulillah, akhirnya sangkar ngeri terungkai sudah. Allah yang lebih mengetahui segala-galanya.

Selain itu, Faizal juga mengingatkan Marissa bahawa Abby juga sentiasa menyayangi dan mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Ingat, doa mama untuk adik tak pernah lekang di bibir. Kasih sayang mama hingga ke syurga.

Terdahulu, peguam syarie mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser mengesahkan status pempengaruh itu bukan lagi suami kepada Marissa.

Sebelum itu, Aslam memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu selepas melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.

Kemelut rumah tangga Marissa menjadi perhatian apabila dia dilapor berkahwin dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Menerusi perkahwinan itu, Marissa bergelar isteri kedua berikutan Aslam masih berstatus suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan.

Sumber: Threads