Penyampai radio, DJ Sonic menitipkan doa dan kata-kata semangat buat sahabat rapatnya iaitu pelakon dan usahawan Nur Fazura agar segera dipertemukan jodoh yang baik.

Artikel Berkaitan: DJ Sonic Dedah Fazura Tidak Berdiam Diri, Mahu Ambil Tindakan Terhadap Komen Fitnah & Buli Siber

Doakan jodoh Fazura

Selain mendoakan kebahagiaan pasangan lain yang bakal berkahwin tidak lama lagi, DJ Sonic berkata, jika Allah mengaturkan Fazura untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua, tiada siapa mampu menolak takdir itu.

Alhamdulillah, ada yang nak kahwin tak lama lagi. Sama-sama kita doakan semua urusan mereka dipermudahkan. Fazura? Big no… tapi mana tahu kan, dengan izin Allah.

DJ Sonic berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di platform Threads.

Dalam pada itu, DJ Sonic mengajak orang ramai untuk mendoakan Fazura dan anaknya, Nur Fatima diberikan kebahagiaan yang berkekalan serta dipertemukan dengan insan yang baik.

Penyampai radio itu turut mengagumi ketabahan Fazura membesarkan anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.

Doakan kita semua dipermudahkan urusan. Doakan Fatima (anak Fazura) dan Mommy (Fazura) ditemukan dengan insan yang terbaik dunia akhirat, Aamin.

Selama hampir setahun ini, Fazura membesarkan Fatima dengan kasih sayang, segalanya untuk Fatima.

Menurut DJ Sonic, kehidupan Fazura kini banyak tertumpu kepada anak dan kerjaya, malah dia kagum dengan usaha sahabatnya itu yang bekerja siang dan malam demi membesarkan puteri tunggalnya.

Fazura itulah, 24 jam kerja… siang malam. Doakan jodoh Fazura akan hadir juga tak lama lagi.

Imbas kembali, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Fattah Amin pada November 2017 sebelum sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia empat tahun.

Sumber: Threads