
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza titip nasihat penuh kasih sayang kepada seorang individu yang meluahkan rasa sedih apabila tidak menerima sebarang panggilan daripada ibu bapanya sempena hari lahir.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Titip Kata Semangat Buat Ibu Keguguran 19 Minggu – ‘Anakanda Nanti Menanti Di Syurga…’
Artikel Berkaitan: Wanita Luah Hasrat Mahu Timang Cahaya Mata, Nasihat Siti Nurhaliza Raih Perhatian – ‘Hari Arafah Nanti Doa Seikhlas Hati & Mohon Keampunan’
Nasihat
View on Threads
Menerusi komen balas di Threads, Siti Nurhaliza berpandangan bahawa pada hari lahir seorang anak sepatutnya menghubungi ibu bapa untuk menzahirkan rasa syukur atas segala pengorbanan mereka dan bukannya menanti panggilan mereka.
Selalunya kita memang harap orang beri ucapan ulang tahun kelahiran kepada kita terutama sekali ibu bapa tapi boleh tak kita tukar persepsi itu?
Bila hari lahir, kita yang sepatutnya telefon ibu bapa ucapkan terima kasih sebab dah melahirkan dan membesarkan kita dengan baik.
Kata Siti Nurhaliza lagi, tindakan itu dibuat untuk menghargai segala jasa mereka kerana tanpa ibu bapa tidaklah wujud kita di dunia ini.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza turut memohon maaf kepada individu tersebut sekiranya nasihatnya itu menyinggung perasaannya.
Sebab tanpa mereka, kita tak berada di dunia ini. Kita yang patut hadiahkan mereka.
Semoga apa yang saya kongsikan ini tidak menyinggung perasaan. Selamat hari lahir.
Terdahulu, individu meluahkan rasa kecewa apabila panggilan yang dinanti daripada ibu bapanya tidak diterima pada hari istimewanya.
Sumber: Threads





![[VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_0375.jpeg)


