Teka-teki mengenai penyanyi yang akan menggantikan Dato Sri Siti Nurhaliza menerusi lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ di pentas Semi Final Muzik-Muzik 35 akhirnya sudah terjawab.
Artikel berkaitan: ‘Satu Penghormatan Apabila Beliau Nyanyi Lagu Saya’ – Siti Nurhaliza Teruja Aishah Ganti Di SFMM
Menerusi Instagram Aishah, penyanyi tersebut berkongsi kisah bagaimana dia menerima tawaran tersebut dan persiapan yang dilakukan olehnya sebelum berlangsung semi final.
Selesai sudah tanggungjawab
Alhamdulillah, selesai sudah ‘tanggungjawab’ yang sangat berat menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu. I tau macam-macam reaksi, ada yang suka ada yang tak suka. I guess itulah risiko menyanyikan lagu orang yang famous. Satu pengalaman yang banyak mengajar I. Proves to show that you never stop learning even after 34years being in the industry. Ia satu test ketahanan dan disiplin dalam diri I sebagai penyanyi. Permintaan untuk menyanyikan lagu ini datang dari panggilan dari Rozie bagi pihak Siti Nurhaliza Production petang Isnin lepas. Hahahah, yes I had 5 days to prepare for this song, baju and all. Sebelum ini I pernah dengar lagu ini sekali, masa mula-mula lagu ni release. And I pulak tak banyak tengok tv sekarang, jadi memang ketinggalan dalam perkembangan drama tv ni. Bukan mengada tak nak tengok local production cuma masa lapang I memang banyak layan kraftangan I. Kemudian Ippo called dan kami berbincang. Dan akhirnya fikir punya fikir, kita pun setuju untuk go ahead.
Maka bermulalah my journey with Aku Bidadari Syurgamu (ABS), from the word go, pagi petang siang malam menghadam lagu tu. Sampai nak tidur malam pun otak tak boleh switch off. Makan pun tak berapa lalu. Then I found out yang lagu ini telah di ‘cover’ oleh begitu ramai artist lain. Lepas tu I also found out that kecoh juga cerita siapa akan menyanyikan lagu ni. Hadoiiii how I wish I didnt do my ‘homework’ so thoroughly. Bertambah stress dan berat tugasannya. Hari Isnin dapat lagu, Selasa baru jumpa Ippo, Rabu terus rehearsal. Khamis fitting baju, Jumaat duduk diam-diam dekat hotel untuk study. Kalau duduk rumah sure ada saja kerja rumah nak di buat. Dari mula study lagu, kaki tangan sentiasa sejuk, cold with anticipation and nerves. Doa doa doa, supaya tak buat mistake(paling mustahak dalam pertandingan). Memang tak boleh buat apa-apa lain, tapi ABS,ABS,ABS sampai Mek Jah pun dah kenal lagu tu.
‘Mengapa saya bersetuju?’ – Aishah
Mengapa I setuju untuk menyanyikan ABS? Firstly, of course the sing, sudah tentunya sebagai seorang isteri kita impikan untuk menjadi bidadari untuk orang tersayang. ‘Seandainya aku kan pergi dulu,sampai mati ku kan mencintai kamu’ sentiasa jadi bualan I dengan abang. I tak boleh nak ceritalah berapa banyak airmata I gugur adik lirik lagu ini. ABS punya jalan cerita yang sangat menyentuh hati I. Second reason I accepted was of course, because of Dato Sri Siti. How can I miss this opportunity. This lady has stayed so sweet and humble despite all her major successes. How can you not admire her. Siap ada ucapan goodluck and hantaran makanan yummy untuk kami jamu selera selepas persembahan. Sweet kan.
Dalam 34 tahun I menyanyi, I dont think I have ever been so nervous in my life. Allahuakbar buatnya pulak phone I berdering non stop, kemungkinan wartawan yang nak interview. Hinggakan I terpaksa bagi abang pegang handphone I. Terima kasih Ippo kerana sudi beri peluang utk I menyanyikan Aku Bidadari Syurgamu. Kepada @danielzharifofficial kerana menyiapkan baju I begitu cepat sekali. @facesbysah sanggup datang make up I walaupun masih dalam pantang, @nazrai_hijabpin2020 siap hantarkan hijabpins mereka untuk I pakai malam ini. Juga @sutramayawellness memberikan I ‘pampering’ yang sangat-sangat diperlukan kelmarin. Tak lupa @dr.mustafamt yang selalu membantu untuk bekas-bekas pesakitnya untuk lebih berusaha dengan weight loss. Tidak lupa juga team Universal Music dan MVM kerana memberikan sokongan kepada kami.
Rasa nak pitam
Pejam celik 5 hari kemudian terus on waaaaaahhhhh jantung I. Entahlah samada I terlalu fokus, penat atau kurang makan seriously masa I mula-mula nyanyi, I angkat kepala tiba-tiba kepala I berpusing OMG! Tiba -tiba kepala I spin, pitam, badan I swaying dalam 1st verse ke 2nd verse. Allahuakbar! Mungkin kerana terlalu fokus, tarik nafas banyak oxigen, betul-betul masa tu rasa pitam. Masa tu I dah nak lose balance dah. Dalam hati I ‘Ya Allah aku tak nak buat sejarah arriste pitam dan cillapse di atas pentas. I dont know how I continued singing dalam keadaan yang tiba spin gitu.
Seriously, I was terrified. Sangat menakutkan! Alhamdulillah I dapat habuskan lagu dan I tak lose balance. Thank you Allah, Allahuakbar satu pengalaman yang sangat menakutkan. Adakalanya memang mudah mengkritik tetapi tugasnya bukanlah semudah yang disangkakan. Say what you want, feel tak sampailah, was a legend jelah, apalah,but the person I sang the song was moved. Hah ko hado.
Sumber: Aishah