Baru-baru ini, pelakon veteran Aman Graseka difahamkan sudah tidak lagi menerima tawaran berlakon daripada mana-mana syarikat produksi. Berikutan daripada itu, dia dilihat meminta bantuan daripada rakan selebritinya iaitu Sharifah Shahirah untuk menguar-uarkan mengenai kepayahan hidup yang dialaminya ketika ini.
Artikel Berkaitan: Dah Lama Tak Ada ‘Job’, Aman Graseka Mohon Bantuan – ‘Semoga Ada Rezeki Anak-Anak Hamba Nak Buat Makan’
Terbaru, Sharifah Shahirah mengucapkan terima kasih buat semua yang sudi menghulurkan bantuan terhadap Aman.
Semoga dapat buat modal meniaga
Menerusi sebuah posting di Instagram, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera berkata, dia berharap pelakon tersebut dapat menggunakan wang yang diberikan itu sebagai modal untuk berniaga.
Kita doakan dia tak perlu minta lagi di kalangan artis. Kita doakan dia senang dan perniagaan maju. Rezeki dia murah dan sentiasa sihat.
Pada masa yang sama, Sheira memberitahu ramai rakan artis yang tampil menghulurkan bantuan selepas melihat postingnya sebelum ini.
Bila saya keluarkan benda sebegini dapat tahu ramai kawan artis menolong Aman sebab ramai dia message artis yang lain walaupun tak tahu dapat mana nombor kami. Tapi kami kenal Aman Graseka. Sedih bila dapat tahu susah. Mungkin dalam keadaan kehidupan yang terdesak. Semoga kami semua doakan baik-baik.
Shiera turut berharap, pelakon ‘7 Hari Mencintaiku‘ itu tidak perlu menghantar mesej dan meminta bantuan seperti ini lagi pada masa hadapan.
Mintak infuture tak mau lagi mesej ni berlaku sehingga ada yang tak rapat pun dia terpaksa minta. Kawan-kawan artis yang lain kalau susah mintak seniman siasat dan tolong. Lanjutkan ke pusat zakat untuk diberi bantuan Malyasia suka bantu nak nak pusat zakat akan buat kerja. Thank you again netizen followers and friends.
Sumber: Sharifah Shahirah