
Penyampai radio, Fara Fauzana menepis dakwaan kononnya hubungannya dengan tiga sahabat rapat iaitu Shila Amzah, Jihan Muse dan Zara Zya sedang bermasalah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fara Fauzana Nafi Bertunang, Perjelas Spekulasi Foto Tular Dengan Seorang Jejaka
‘Mana ada gaduh’

Fara, 46, berkata, mereka tidak pernah bergaduh seperti yang diperkatakan segelintir pihak, sebaliknya kekangan masa dan jadual kerja yang padat menjadi faktor utama mereka jarang meluangkan masa bersama.
Kot kot ada yang bertanya kami gaduh ke? Mana ada kami bergaduh, entah saya tak faham ada yang cakap kami bergaduh.
Menerusi perkongsian tersebut, Fara dilihat meluangkan masa bersama Shila, Jihan dan Zara selepas beberapa bulan tidak bertemu.
Difahamkan, mereka berkumpul di kediaman Shila sambil berbual dan berkongsi cerita mengenai perkembangan kehidupan serta kerjaya masing-masing.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya gembira melihat persahabatan mereka masih utuh walaupun masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri.
Dalam hantaran berasingan, Fara turut berkongsi beberapa keping gambar ketika dia bersama Jihan dan Zara hadir memberikan sokongan pada konsert Shila Amzah In Harmony: 25 Years Of Music And Memories yang berlangsung Sabtu lalu.
Sumber: Instagram








