berita

Adam AF Nafi Dakwaan Mahu Rujuk Semula Selepas 2 Minggu Cerai

May 12th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-11 at 11.26.14 PM

Tiada siapa yang mahukan perpisahan, lebih-lebih lagi jika usia perkahwinan itu baru sahaja setahun jagung. Namun, takdir telah menentukan bahawa penyanyi Adam dan Fiza telah sah bercerai talak satu pada 28 April yang lalu.

Artikel Berkaitan: Rumahtangga Adam-Fiza Goyah Kerana Spekulasi Orang Luar & Laman Sosial

Bagaimanapun, kini timbul pula desas-desus bahawa pasangan ini sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka dan dikatakan bakal rujuk semula tidak lama lagi.

Terkini, menerusi laporan Melodi, Adam menafikan dakwaan tersebut meskipun mengakui masih lagi menghubungi bekas isterinya itu.

Screen Shot 2014-05-11 at 11.27.21 PMSaat bahagia Adam dan Fiza bergelar suami isteri

“Khabar itu tidak benar. Belum ada lagi keputusan atau tindakan untuk kami merujuk. Cuma apa yang perlu diketahui oleh orang di luar sana, saya dan Fiza baik-baik sahaja, masih lagi ‘keep in touch’.

Kami ada berjumpa sekejap. Tapi berborak biasa sahaja, menasihati antara satu sama lain selepas berpisah. Berjumpa kerap tiada. Sekarang lebih berkomunikasi melalui telefon.”

Apabila ditanya mengenai perasaan Adam terhadap Fiza, jejaka itu mengakui masih mempunyai rasa sayang dan rindu kepada bekas isterinya itu.

“Saya percaya kalau ada jodoh, kami akan bersatu kembali. Kalau tiada saya redha. Dari segi pulihkan semula hubungan, sebelum ini memang dah pulih. Sebagai kawan, sebagai bekas pasangan suami isteri. Tapi untuk bergelar sebagai suami isteri, masih belum lagi.”

Dalam pada itu, Adam juga sempat memberi nasihat kepada Fiza supaya wanita itu agar menjaga diri dan tabahkan hati untuk menempuhi dugaan kehidupan.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×