berita

Adam Corrie Digam Stesen TV Swasta Kerana Sertai Pembangkang?

May 28th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-28 at 12.11.35 PM

Mula dikenali sebagai seorang guru tari menerusi sebuah program realiti televisyen, bakat Adam Corrie sebagai seorang pelakon juga tidak dapat dinafikan.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Adam dilihat kurang muncul di kaca televisyen sehinggakan ada yang menganggap bahawa dia kini sudah tidak mahu bergiat aktif dalam dunia hiburan lagi.

Terkini, menerusi temubual bersama Kosmo Online, Adam memberitahu bahawa dirinya telah digam daripada membuat penampilan di sebuah syarikat televisyen swasta gara-gara dianggap sebagai ahli politik pembangkang.

Screen Shot 2014-05-28 at 12.18.31 PM

Adam Corrie nafi terlibat dengan politik

“Saya mula menyedari tentang hal ini tahun lalu. Pada waktu itu, saya telah ditawarkan untuk memegang watak utama dalam sebuah telemovie berjudul Zikir Tanpa Bibir.

Setelah telemovie tersebut siap sepenuhnya, produsernya ada berjumpa dengan pihak TV3 untuk mendapatkan hak penyiaran. Namun, sejurus selepas mereka mendengar nama saya, telemovie tersebut ditolak mentah-mentah. Mereka memberikan alasan bahawa saya merupakan ahli Pas.”

Tidak cukup dengan itu, Adam juga memberitahu bahawa ianya merupakan kali kedua stesyen televisyen tersebut berbuat demikian.

“Baru-baru ini, saya telah dijemput untuk menghadiri rakaman program ilmu berjudul Muhammad Ku. Namun, setelah merakamkan sebanyak dua episod, produser rancangan itu menghubungi saya dan memberitahu, khidmat saya tidak diperlukan lagi. Tambahnya, babak yang melibatkan penampilan saya telah dipotong dan digantikan dengan orang lain.”

Menafikan dakwaan bahawa dia merupakan ahli politik pembangkang tersebut, Adam menjelaskan bahawa isu ini bermula apabila foto dirinya bersama Datuk Dr. Haron Din telah dimuat naik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam sebuah blog awal tahun lalu.

“Saya berharap agar pihak TV3 berhenti daripada memfitnah saya. Jika benar saya merupakan ahli Pas, buktikan. Saya berasa sedikit terkilan kerana ada antara selebriti yang secara terang-terangan terlibat dengan parti tersebut tetapi masih dibenarkan muncul dalam drama pada slot waktu perdana.”

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×