berita

Adam Dedah Fiza Alami Keguguran Selepas Hamil 7 Minggu

April 28th, 2015 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

imageResize

Adam (AF) telah mengesahkan bahawa isterinya, Fiza Halim telah mengalami keguguran anak pertamanya selepas hamil tujuh minggu pada Mac lalu.

Selain itu, Adam juga mengganggap belum rezekinya lagi untuk mendapatkan cahaya mata mereka yang pertama dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Apabila mendapat perkhabaran isteri mengandung sudah tentu saya gembira kerana kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi kasih sayang kami namun sudah tiada rezeki kami apabila dia mengalami keguguran. Kejadian berlaku pada akhir Mac lalu ketika kandungannya memasuki usia tujuh minggu.

Hubungan Makin Utuh

fizaelite

Adam akui selepas pasangan itu rujuk kembali pada 17 Julai 2014, hubungan mereka semakin intim dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang lebih harmoni.

Apa yang terjadi dalam rumah tangga kami sebelum ini ada hikmah disebaliknya selain ia menjadi pengajaran buat kami berdua.

Alhamdulillah kami kini lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai suami-isteri dan berharap semua dapat mendoakan kebahagian kami.

sumber: mStar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×