berita

Adam Lee Bercinta Dengan 2 Perempuan Sekaligus? Saksikan Dalam Drama Terbaru “Bukan Lelaki Terhebat” Ni!

January 26th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Drama adaptasi novel semestinya antara drama yang sering ditunggu-tunggu oleh para penonton. Lagi-lagi kalau kaki drama, memang diorang dah tahu kalau adaptasi novel je mesti best!

Dengan jalan ceritanya lebih gempak, cukup dengan sedih, suka, duka, elemen terkejut..eh, senang cerita, semua lah cukup! Sebab tu lah admin dapat agak yang drama terbaru kat iQIYI ni mesti buat geng-geng kaki drama melekat depan telefon masing-masing.

Pasangan pengantin baru Adam Lee dan Sweet Qismina digandingkan dalam drama Bukan Lelaki Terhebat!

Adaptasi dari novel karya Dilla Ahmad, drama ni menampilkan Adam Lee sebagai Jaden Haqeef yang merupakan seorang bodyguard. Beliau telah jatuh cinta dengan Arianna lakonan Anies Hann yang juga merupakan perempuan simpanan majikannya sendiri dan bercadang untuk kahwin lari.

Namun, perkara itu diketahui oleh bossnya yang terus merancang untuk membunuh Jaden.

Sweet Qismina pula pegang watak apa? Bukan heroin ke?

Ish, ish mana mungkin terpisah pasangan dua sejoli ni kan?

Nasib menyebelahi Jaden apabila beliau terselamat dari cubaan bunuh dan pengsan di kebun milik Seri Dhia (lakonan Sweet Qismina). Betulah orang kata, kalau dah jodoh tu takkan kemana kan, dalam drama pun berjumpa!

Mereka kemudian mulai rapat dan jatuh cinta. Tapi, hidup tak selamanya indah ye guys. Arianna dapat tahu yang Jaden masih hidup dan beliau ingin kembali ke dalam hidup Jaden…

Wahhh wahh… korang bayangkan Adam Lee jadi pengawal peribadi yang segak dan bergaya,.  mesti cair lah para penonton macam ni! Tambah pula dengan plot twist yang tak disangka-sangka, confirm lah akan jadi drama favourite admin macam ni!

Feeling-feeling tengok k-drama lah vibe dia!

Bila akan ditayangkan? Tak sabar nak tengok Jaden pilih siapa!

Drama ini akan mula ditayangkan bermula 26 Januari 2023 di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Tapi, ada cara lain juga untuk korang tonton drama ni iaitu di platform iQIYI!

Untuk pengguna VIP, korang boleh terus tonton drama ni sejam selepas ianya bersiaran di televisyen. Ngam sangat la sebelum tidur, layan dulu drama sambil-sambil rehat kan? Manakala bagi pengguna bukan VIP, korang akan dapat akses untuk menonton drama ni secara percuma, 48 jam kemudian.

Bukan setakat drama lokal, iQIYI menyajikan pelbagai drama dan filem Asia yang menarik!

Kalau selama ni susah nak cari platform yang ada pelbagai cerita Asia, jangan risau. Dekat iQIYI ni ada lebih 4000 drama dan filem yang korang boleh tonton secara percuma! K-Drama ada, C-Drama ada, Anime ada,eh…senang cerita semuanya ada!

Setiap drama atau filem tersebut semuanya dilengkapi dengan sarikata bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu.

Nak lagi best korang upgrade jadi pengguna VIP. Ada macam-macam manfaat yang korang boleh nikmati, antaranya ialah:

  • Boleh skip iklan
  • Dapat akses eksklusif dan Advanced Viewing (Akses pantas episod baru untuk VIP)
  • Dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby Atmos dan;
  • Dapat tonton drama secara Full HD (Blu-Ray)!

Terdapat macam-macam lagi kelebihan yang korang akan dapat dengan jadi pengguna VIP ni! Paling best, bulan pertama korang kena bayar RM1.90 je! Memang berbaloi sangat-sangat.Tak payah susah-susah cari link cetak rompak lagi!

Jadi guys? Apa lagi, sama-sama lah kita tonton dan lihat apa yang terjadi dekat Jaden dan siapa yang bakal beliau pilih!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×