berita

‘Adam Loi Bukan Penerima Vaksin Pertama Covid-19 Tetapi..’

February 2nd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang sukarelawan dikenali sebagai Adam Loi didakwa merupakan individu pertama yang menerima vaksin Covid-19 di Malaysia.Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut dinafikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dimana beliau hanya menerima vaksin kajian, bukanlah vaksin Covid-19 seperti didakwa sesetengah pihak.

Tidak benar

Kenyataan bahawa seorang sukarelawan yang merupakan individu pertama yang menerima vaksin kajian telah disalah tafsir sebagai individu yang pertama menerima vaksin COVID-19 di Malaysia. Tersebar grafik di atas dalam media sosial yang mendakwa Adam Loi adalah penerima pertama vaksin COVID-19. Gambaran grafik tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Menerusi kenyataan dari laman Facebook milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Adam Loi merupakan sukarelawan yang pertama menerima vaksin kajian COVID-19, dan bukannya vaksin COVID-19. Menurut tatacara kajian klinikal ini, sukarelawan tersebut berkemungkinan menerima vaksin sebenar ataupun plasebo.

Justeru, penerima vaksin COVID-19 yang pertama di Malaysia masih belum ditentukan. Adalah menjadi harapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pencerahan ini dapat memberikan gambaran sebenar mengenai siapa penerima pertama vaksin di Malaysia.

Dalam pada itu, pihak KKM berharap agar pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran grafik mengenai Adam Loi merupakan individu pertama menerima vaksin tersebut. Ini bagi mengelakkan kekeliruan terus berlaku di kalangan orang ramai.

Sumber : KKM

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×