Drama adaptasi novel ‘Sabarlah Duhai Hati’ karya Mimie Afinie bakal menemani korang semua di slot Akasia TV3 mulai malam ini.
Menampilkan gandingan pelakon yang hebat seperti Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli, drama ini dijangka mendapat perhatian ramai. Ini kerana, karya tersebut telah mendapat sambutan sejak tahun 2015 apabila ianya diterbitkan.
Sinopsis drama
Drama Sabarlah Duhai Hati mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Syafira (Amyra Rosli) di mana setelah kehilangan kedua-dua ibu bapanya, Nur Syafira bertanggungjawab menjaga adik kecilnya, Danish yang sebelum ini sangat dibencinya.
Bagi mengelak rancangan Opah, Affan (Saharul Ridzwan) telah memilih Fira untuk dijadikan isteri. Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira cuba untuk mengelak bertentang mata dengan Affan.
Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan dari Nadia, sepupu Affan yang hendak dijodohkan Opah dengan Affan. Rumah tangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri. Adakah Affan mencari Fira? Atau membiarkan dia pergi dan berkahwin dengan wanita pilihan opahnya?
Barisan pelakon
Antara pelakon utama yang membintangi drama ini alah Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Puteri Sarah dan Iman Suhana. Mereka turut dibantu dengan nama-nama yang hebat seperti Aiman Badrul, Datin Fadilah Mansor, Emelda Rosemila dan ramai lagi.
https://www.youtube.com/watch?v=KU2cNvTQYtA
Buat pengetahuan korang, drama ini akan ditayangkan sebanyak 35 episod setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 7.00 malam melalui slot Akasia di TV3.