berita

‘Adat’ Pelik Menyanyi, Rai Majlis Perkahwinan Di Kubur Cetus Amarah

July 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral sebuah video di media sosial apabila sekumpulan wanita di Tunisia menyanyi dan menari di sebuah tanah perkuburan. Video tersebut juga menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menontonnya.

Memainkan alat muzik, menari dan menyanyi

Menurut Jurucakap rasmi pengadilan Monastir dan Mahdia iaitu Farid Juha, kejadian tersebut dipercayai berlaku di kuil Wali Saleh di kota kuno Mahdia. Jelasnya lagi, pesta sebegitu sering diadakan di banyak tempat suci. Di samping itu, dia turut memberitahu bahawa pesta tersebut merupakan adat dan tradisi masyarakat Mahdia sejak zaman dahulu bahkan, mereka merayakan kuil para wali seperti orang Tunisia yang lain.

Dalam pada itu, video berdurasi 0:53 saat tersebut menunjukkan para tetamu yang terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak sedang menyaksikan sekumpulan wanita memainkan alat muzik sambil menari dan menyanyi di sebuah tanah perkuburan. Mereka dipercayai menganjurkan acara tersebut bagi meraikan majlis perkahwinan.

Sumber: Eg24.news

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×