berita

Adik Aariz Harraz Pergi Buat Selamanya..

January 13th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral di media sosial seorang bayi lelaki didera teruk oleh pengasuh sehingga mengalami pendarahan pada otak. Insiden itu ternyata bukan saja mengundang simpati orang ramai, malah ramai turut mengecam tindakan pengasuh wanita yang berusia 39 tahun itu.

Terbaru, menerusi Harian Metro, bayi itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu hari ini. Takziah buat keluarga mangsa.

Menghembuskan nafas terakhir

Mangsa telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.55 pagi tadi di pangkuan ibunya selepas mesin bantuan hayatnya ditutup pada 11:30 pagi.

Bayi itu menerima rawatan sejak Isnin lalu dan disahkan ‘mati otak’ pada 9.10 pagi semalam oleh pasukan perubatan yang merawatnya. Dalam kejadian di Taman Permai Jaya, Sibu, mangsa dikejarkan ke hospital selepas berada dalam keadaan lemah ketika diambil dari rumah pengasuh.

Suspek ditahan polis susulan laporan yang dibuat oleh bapa mangsa dan dia kemudiannya mengakui menggoncang bayi terbabit kerana tidak berhenti menangis, selain mendakwa tertekan kerana mengalami kesakitan akibat datang bulan.

Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai lesen untuk menjalankan pusat asuhan dan hanya membantu menjaga kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapanya pada waktu bekerja. Lebih menyedihkan apabila mangsa disahkan mengalami pendarahan pada otak dan kedua-dua matanya selain mengalami retak di bahagian kiri kepala akibat hentakan kuat.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×