Kebiasaannya hari guru pada 16 Mei disambut meriah di setiap sekolah pada setiap tahun. Para pelajar tidak mahu melepaskan peluang ini untuk memberi hadiah sebagai tanda terima kasih kepada guru.
Menerusi Twitter Nur Farah Dina, gadis tersebut berkongsi kisah seorang guru yang tidak menghargai pemberian hadiah adiknya. Lebih melucukan, hadiah tersebut diberikan semula kepada adiknya yang lain. Kan dah kantoi!
Tak buka pun hadiah
Menurut wanita tersebut, guru berkenaan tidak membuka hadiah dan membaca ucapan adiknya.
Marah dan frust gila
Perasaan apabila mengetahui hadiahnya di kitar semula memang sungguh sedih. Namun, ianya turut bertukar menjadi kelakar apabila hadiahnya itu diterima oleh adik yang lain.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman Hari Guru mereka serta berkongsi kisah ahli keluarga yang merupakan seorang guru.
Tak payah bagi hadiah
Netizen juga menasihatkan budak tersebut supaya fokus kepada pelajaran dan mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Sumber: Nur Farah Dina