berita

Adik Bekas Juara Mentor Mati Ditikam, Teman Lelaki Ditemui Muntah Darah Minum Racun

February 5th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan juara mentor keenam, Puteri Caroline yang pernah menempa nama dalam industri seni tanah air tempatan sekitar tahun 2012. Kini nama Puteri Caroline yang juga merupakan protege kepada ratu rock Malaysia, Ella sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas adiknya, Lady Caccabella dipercayai telah meninggal dunia akibat ditikam oleh teman lelakinya sendiri.

Dipercayai ditikam teman lelaki

Menerusi laporan Sinar Harian, mayat mangsa ditemui rakannya dalam keadaan terbaring di atas katil dengan terdapat kesan tikaman pada perutnya. Rakan mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung dengan kejadian tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail dalam satu kenyataan media berkata, anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan tersebut.

Tambahnya lagi, setibanya di lokasi kejadian mereka membuat pemeriksaan di seluruh rumah mangsa dan apa yang paling tidak disangka-sangka mereka menemui seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki mangsa berada dalam keadaan kesakitan. Individu tersebut dipercayai cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai sehingga dia mengalami sesak nafas dan muntah darah.

Lelaki terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan dia kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan masih dirawat di Zon Merah.

Posting daripada kakak mangsa

https://www.facebook.com/princess.caroline.16/posts/2733974110003683

Susulan daripada kejadian ini, Berita Harian turut melaporkan bahawa suspek yang berusia 43 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Suspek walau bagaimanapun akan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Stephen Ganeson di talian 016-3767390 dan Asisten Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly di talian 017-2446363.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, Puteri Caroline, Mohd Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×