Setiap pasangan pasti mahukan hubungan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun, segalanya ditentukan Allah SWT bahawa hubungan adik kepada Dato’ Siti Nurhaliza diceraikan talak tiga.
Lebih menyedihkan, Saiful Anuar Ahmad Shafie didakwa menceraikan Siti Saerah pada ulangtahun perkahwinan keempat mereka iaitu pada 27 Oktober yang lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, wanita yang mempunyai 3 orang anak itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu perceraiannya.
Gambar perkahwinan Siti Saerah dan suami empat tahun lalu
Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat.
Antara foto yang dimuat naik dalam laman Instagram Saerah
Sebagai seorang kakak, sudah tentu Dato’ Siti juga akan terasa terkesan dengan keadaan yang menimpa adiknya itu. Menerusi laman Instagramnya, Dato’ Siti memberi kata-kata semangat untuk Siti Saerah.
Bismillah..Allah SWT Maha Adil dan Maha Bijaksana..apa yg telah di aturkan pasti terbaik buat HambaNYA..jika tidak elok pasti mengikut kemampuan HambaNYA dan pasti ada peringatan buat yg melaluinya..semoga Kita semua saling memperbaiki setiap kekurangan dan amalan ..buat @sairahtarudin adikku..bertabahlah& terusla berjalan..berpandu pada Allah ,inshaAllah semuanya Tenang.. #bestrong #sister #hatiwanita