Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw berkongsi khabar duka kehilangan adik kandungnya, Shanty Yuliet Goeslaw yang meninggal dunia, pada Selasa.
Salam takziah
Berita duka tentang pemergian Shanty dikongsikan Melly menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram. Walau bagaimanapun, Melly tidak memberitahu secara terperinci punca kematian adik kesayangannya itu.
Selamat jalan adikku Shanty Yuliet Goeslaw (Uli Goeslaw), berbahagialah di sana.
Meskipun Melly dan Shanty berbeza agama, tetapi pelantun lagu Gantung itu dilihat hadir ke rumah duka bersama suaminya, Anto Hoed untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
Nona manis nona ambon tak perlu lagi susah-susah memikirkan masalah di dunia ini sayang. Moga nanti kita bertemu lagi.
Turut kelihatan Melly yang tidak dapat menahan sedih sempat mengusap lembut tangan adiknya yang sudah terbaring kaku di dalam keranda.
Sumber: IG Melly Goeslaw