berita

Adik Meninggal Dunia Akibat Kanser Tahap 4, Video Terakhir Abang Buat Adik Bikin Sebak

November 29th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tidak sempat memakai barangan yang baru dibeli, Haikal Najmi Mohd Zura meninggal dunia selepas disahkan menghidap kanser tahap empat. Apa yang lebih memilukan apabila doktor memberitahu kuman telah merebak ke paru-paru.

Terlalu sedih dengan pemergian adik, abang, Mohammad Aiman Farhadan menerusi laman Twitter meluahkan rasa pilu yang tidak terkata. Harian Metro melaporkan, arwah menghidap kanser sejak Februari lalu dan sempat membeli barangan seperti beg, seluar dan kasut secara online.

‘Aku tak kuat dik’

Mohammad Aiman memberitahu lagi, arwah sempat berpesan kepadanya supaya menjaga barang yang dibeli dengan baik kerana mahu memakainya sebaik sahaja sembuh.

Arwah aktif bersukan terutama bola sepak mewakili sekolah dan ketika itu, bengkak itu semakin membesar. Malah, ada kawan memberitahu, mereka terdengar sesuatu seperti benda meletup dekat paha arwah.

Paling menyedihkan ketika puasa apabila arwah menangis sambil mengadu sakit. Kami membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh namun tidak dapat mengesan penyakit dialami walaupun ujian imbasan sudah dibuat.

Tetapi sayang, hasrat adik tidak kesampaian dan hanya mampu menjadi kenangan buat mereka sekeluarga.

‘Adik, abang datang tau’

Tambah Aiman, pada awalnya arwah mengalami bengkak di bahagian paha dan sudah merujuk ke hospital berdekatan. Arwah kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dan kemudian disahkan menghidap kanser tahap empat.

Dalam tempoh itu, arwah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 21 kali namun Allah lebih menyayanginya apabila meninggal kami pada 26 November lalu.

Video kenangan

Redha dengan ketentuan Ilahi, Aiman memohon orang ramai supaya tidak bersedih kerana tidak mahu arwah terseksa. Walaupun arwah telah tiada, kasih sayangnya kepada arwah tidak akan pernah pudar.

Sumber : Harian Metro , Aiman Farhadan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×