Sekadar Gambar Hiasan
Semalam, merupakan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka diadakan pada tahun 2021. Jika dilihat, saban tahun sudah pastinya terdapat kes di mana murid-murid darjah satu akan membuat ‘hal’ semasa hari pertama mereka di sekolah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Hari Pertama Sekolah Dah Buat Hal, Penat Nak Kejar Kau Dik!
Menerusi status yang dimuat naik oleh seorang ibu dikenali sebagai Rifana, di Kumpulan Sepahkan Apa Hari Ini? tampil menceritakan situasi berbeza yang berlaku apabila anaknya mula bersekolah.
Adik pergi sekolah, abang yang nangis
Foto: Rifana
Menerusi dua keping foto yang dikongsi, dapat dilihat reaksi abang yang ‘sebak’ apabila adiknya sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Jelas si ibu, anak perempuannya begitu bersemangat ke sekolah dan sama sekali tidak menangis seperti murid-murid yang lain.
Kisah geng huru hara ibu. Hari ini adik start sekolah. Adik hati kental tak nangis pon. Tapi abangnya pula hati tisu. Menangis bila tengok adik masuk sekolah.
Apa yang lebih melucukan, apabila si abang bertanyakan bila adiknya akan tamat waktu persekolah. Bahkan, si abang sempat juga meluahkan rasa sunyi kerana ketiadaan si adik di sisi.
Sampai rumah abang terus tanya ‘Ibu adik habis sekolah pukul berapa? Haikal sunyila’. Masa amik adik tak sampai 5 minit mereka buatla huru hara seperti biasa bergaduh sesama sendiri.
Namun, kerinduan si abang terhadap si adik tidak berkekalan lama apabila mereka kembali bergaduh sesama mereka.
Respon netizen
Perkongsian tersebut telah meraih ratusan komen daripada netizen yang rata-rata geli hati melihat telatah adik beradik ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan anak lelakinya yang disifatkan sebagai penyayang dan mampu menjaga adiknya dengan sebaik mungkin.
Sumber: Rifana Via Anak Sepahkan Apa Hari Ini?