berita

Isteri Kena Patuk Ular, Suami Bawa Sekali Ular Ke Hospital – ‘Ini Sebagai Persediaan Kalau Doktor Tanya…’

June 27th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di India mencuri perhatian ramai berikutan membawa seekor ular yang dipercayai mengigit isterinya ke hospital bersama-sama.

Bawa ular sekali

Foto: Gulf News

Menerusi laporan Gulf News, kejadian tersebut berlaku di Afzal Nagar, negeri Telangana, India dan ketika insiden tersebut berlaku, seeokor ular bertindak mengigit kaki seorang wanita yang merupakan penduduk kampung, Ramendra Yadav.

Bagaimanapun, ular tersebut sama sekali tidak dipukul atau dihalau keluar, si suami, Ramendra bertindak menangkap haiwan berkenaaan sebelum memasukkannya ke dalam botol.

Susulan daripada itu, dia membawa isterinya ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan dan doktor ketika itu sempat bertanyakan tujuan asal dia membawa ular tersebut.

Ini sebagai persediaan sekiranya doktor bertanya ular jenis apa yang menggigit isteri saya. Saya boleh terus tunjukkan kepada mereka.

Saya akan lepaskan ular ini kembali ke hutan selepas isteri saya dibenarkan keluar hospital.

Sumber: Gulf News

SKIP THIS AD ×