Foto: Tangkap layar video
Umumnya mengetahui, hari ini merupakan hari pertama sesi persekolah secara bersemuka bagi tahun 2021. Sebelum ini, para pelajar hanya mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan pandemik Covid-19 yang melanda.
Namun, di sebalik pembukaan semula sekolah ini, terdapat banyak ragam yang ditonjolkan oleh murid-murid darjah satu terutamanya. Hal ini demikian kerana, ia merupakan pengalaman pertama mereka ‘menjejakkan’ kaki ke sekolah setelah dua tahun di tadika. Macam-macam ragam ya, siap ada yang nangis lagi!
Hari pertama persekolahan
Foto: Tangkap layar video
Menerusi video dikongsi Info Roadblock JPJ/Polis, di laman Facebook yang berdurasi satu minit, memaparkan telatah murid darjah satu yang dipercayai melarikan diri dari sekolah. Video tersebut telah dirakam oleh seorang lelaki yang cuba memujuknya. Namun, segala pujukan itu tidak berhasil dan lelaki itu tercungap-cungap penat mengejar murid tersebut. Tidak berakhir di situ, lelaki ini sempat untuk menawarkan diri untuk menghantarnya semula ke rumah.
Pakcik hantar balik, ada polis marilah pakcik hantar balik.
Walau bagaimanapun, usahanya untuk ‘membantu’ murid itu telah dibantu oleh seorang wanita yang menaiki motosikal. Setelah ditahan, murid tersebut telah dibawa menaiki motosikal bersamanya. Namun, tiada sebarang info tambahan mengenai kejadian di sebalik video tersebut.
Video penuh
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat murid itu. Video tersebut telah meraih lebih 7k tanda suka dan dikongsi lebih 2.6k oleh pengguna Facebook yang lain. Buat hal lah kau dik!
Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis