berita

Adik Sempat Lari Lepas Tengok Ibu Bakar Tangan Kakak, Hanya Kerana ‘Curi’ Gula-Gula

December 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak. Walaupun begitu, cara didikan yang digunakan oleh setiap ibu bapa adalah berbeza-beza.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang ibu tergamak mengikat dan membakar tangan anaknya gara-gara si kecil itu ‘mencuri’ gula-gula.

Hanya kerana curi gula-gula

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Star, wanita yang berusia 37 tahun dari Amerika Selatan itu bertindak kejam selepas mengetahui kedua-dua anak perempuannya itu mencuri beberapa gula-gula dari sebuah kedai tempatan. Menurut sumber, kejadian itu hanya disedari oleh ibu bapa mangsa selepas menerima aduan daripada pemilik kedai berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Mereka yang terkejut dengan aduan tersebut kemudian bertindak mengikat tangan kedua-dua anaknya itu menggunakan tali sebelum dibakar kononnya ingin memberi ‘pengajaran’. Tetapi anak bongsunya berusia empat tahun sempat melarikan diri selepas melihat keadaan kakaknya yang menderita disebabkan tangannya yang dibakar.

Mangsa alami kecederaan parah

Susulan daripada itu, mangsa berusia enam tahun telah mengalami kecederaan parah dan melecur pada kedua-dua bahagian tangan namun keadaannya kini stabil. Menurut sumber, suspek sudah pun ditahan oleh pihak polis kemudian dibebaskan kerana sedang hamil enam bulan.

Walaupun begitu, perbicaraan mengenai kes ini akan dilakukan selepas suspek selamat melahirkan bayi. Sementara itu, bapa tiri mangsa (suami suspek) turut ditahan oleh pihak polis kerana disyaki turut terlibat dalam kes tersebut kerana dia langsung tidak menghalang perbuatan kejam isterinya itu.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×