berita

‘Adik Tahu Tak Sekarang Adik Positif Kanser?’ – Wanita Kongsi Kisah Sayu Saat Diagnosis Kanser Thyroid

December 21st, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Setiap manusia di muka bumi ini pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan seperti ujian dari segi kewangan, kesihatan dan sebagainya. Namun, sebagai seorang Muslim, kita diajar supaya bersabar dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan ini.

Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita apabila dia diagnosis menghidap penyakit kanser. Kisah sayu ini dikongsikan Nor Hidayah Arifin di laman Facebooknya. Menerusi perkongsian itu, wanita ini juga turut memberi nasihat dan kata-kata semangat buat mereka di luar sana yang juga merupakan penghidap kanser.

Aku seorang pesakit kanser

Hidup mati itu atas kehendak Allah, bukannya kanser. Aku adalah salah seorang pesakit Kanser Thyroid atau Metastatic Papillary Thyroid Carcinoma yang masih sihat hingga ke hari ini. Tujuan cerita ni aku nak bagi semangat kepada pesakit-pesakit kanser di luar sana untuk semua golongan.

Aku menghidap kanser seawal usia aku 28 tahun, pada tahun 2018. Aku tahu semua ni bila aku melahirkan anak yang kedua. Satu ketumbuhan yang besar ada ditengah-tengah leher, biji itu membesar dengan cepat, menyebabkan aku sukar menelan dan susah bernafas ketika tidur, lalu aku terus ke hospital untuk medical checkup. Setelah doktor membuat ujian imbasan ultrasound dan biopsi aku di diagnose Kanser Thyroid. Untuk pertama kali aku dapat tahu tentang penyakit ni, seluruh badan aku menggeletar ketakutan, hati aku berkata ‘Ya Allah beratnya ujian yang kau beri ini’. Aku terkejut dengan apa yang doktor kata ‘Adik, adik tahu tak yang sekarang adik positif kanser’. Itulah suara yang keluar dari mulut doktor yang pertama aku dengar time tu.

Aku terdiam bisu masa tu di sepanjang perjalanan aku pulang ke rumah. Fikiran aku celaru ‘Macam mana aku nak bagitahu keluarga tentang penyakit ni? Macam mana perasaan keluarga aku bila dapat tahu aku hidap kanser? Bagaimana kehidupan aku selepas ini?’. Aku sebak bila ingat balik saat tu. Masa tu aku tak dapat keluarkan setitis pun air mata kerana mungkin aku teramat terkejut dan tak percaya apa yang aku ini menghidap kanser. Kanser adalah penyakit mati.

Kanser dah merebak

2 bulan selepas itu aku dimasukkan ke wad, keadaan aku semakin hari semakin teruk, aku jadi mudah sesak nafas sampaikan nak menelan air liurpun jadi susah, nafas aku makin hari makin pendek tapi aku berdiam sahaja aku tak mahu menceritakan kepada keluarga aku apa yang aku rasa, aku tidak mahu mereka terlalu bimbang. Selepas 11 bulan operation pertama selesai radioaidin/kimoterapi. Aku di kejutkan lagi dengan keputusan doktor yang kanser aku hidap ini bukan berada di satu tempat, tapi kanser ni dah merabak ke beberapa tempat yang lain. Kanser aku bermula dari leher lalu merebak ke limfa .

Aku dimasukkan ke wad lagi untuk membuang sel kanser kali kedua, setiap pagi doktor akan ambil darah dan aku dimasukkan darah kerana bacaan hb sangt rendah 6 sahaja sebab aku penghidap Alpha Thalasmia. Rambut aku mula gugur satu persatu, lidah aku mula hilang rasa, badan aku teramat panas, jari-jari tangan aku terbakar kerana kesan daripada kimoterapi. Barulah saat itu air mata aku menitis, dengan derita tu. ‘Allahuakbar, aku redha ya Allah, aku redha jika ajal aku sudah hampir. Kalau ajal aku masih panjang, teguhkan aku menempuh ujian-Mu ini’.

Aku ingat lagi nasihat dari seorang doktor, doktor surgical surgery yang handle kes aku, dia juga doktor yang mengetuai 2 kali operation aku berturut-turut. Aku dinasihatkan untuk tabah dengan ujian Allah ini, aku disarankan supaya berzikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, jangan meninggalkan solat. Ingat Allah!, ingat Allah!, ingat Allah!. Yakin lah dengan kuasa Allah. Allah sahaja tempat kita bergantung.

Banyakkan bersabar

Alhamdulillah, aku menjaga zikir dan selawat ku. Berzikir lah setiap hari sekurang-kurangnya 100x Subhanallah. Perbanyakkan baca Al-Quran, jika tak mampu solat berdiri maka duduk lah, jika tak mampu lagi lakukanlah sambil baring. Ingatlah peringatan ni. Laksanakan solat dan doa kepada-Nya. Kekuatan dalaman yang kita dapat ketika solat sangat luar biasa. Kerana ketika kita solat kita merendahkan diri kita kepada Al- Khaliq yakni Pencipta kita. Kita merendahkan diri kita di hadapan-Nya dan kita bergantung kepada-Nya. Tetapkan hati kita hanya mahukan Keredhaan-Nya .

Alhamdulillah, aku sekarang sihat dan sudah kembali sedia kala kebanyakan orang semua ragu-ragu dengan cerita aku ni, sebab kalau tengok diri aku, memang seperti orang yang sihat dan tidak pernah dapat apa-apa penyakit sekali pun. Alhamdulillah. Rawatan aku sekarang hanya follow up di hospital 6 bulan sekali .

Buat pesakit di luar sana, jangan cepat berputus asa. Yakinlah ujian yang Allah beri ini kepada orang-orang yang mampu laluinya. Anda mampu. Percaya lah! Orang seperti anda adalah orang yang terpilih. Usaha lah untuk buat rawatan, ikhtiar lah rawatan kampung sekali pun. Kalau aku cerita rawatan yang aku pernah buat, lagi panjang lah cerita ni, jadi aku tamat di sini. Jangan tinggalkan solat, banyakkan berdoa. Redha dan terus bersabar.

Sumber: Nor Hidayah Arifin

SKIP THIS AD ×