berita

Adik Tak Nak Jadi Penjamin ‘Loan’ Kereta, Abang Nak Putus Hubungan Adik Beradik

July 19th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Siapa sangka seorang abang bukan sahaja sanggup memaki hamun adik kandungnya sendiri, malah mahu memutuskan hubungan persaudaraan di antara mereka berdua, hanya kerana si adik tidak mahu menjadi penjamin kereta.

‘Perlu berhenti sebelum bermula’

Menerusi satu hantaran Facebook milik seorang pelabur hartanah yang juga Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad telah berkongsi satu mesej peribadi yang diterima.

Dalam tangkap layar mesej berkenaan, individu itu meminta pendapat Dr. Azizul tentang abangnya yang meminta untuk menjadi penjamin bagi membeli kereta berikutan tiada lesen.

Ekoran permintaan itu ditolak, abang kepada pemilik mesej itu telah bertindak memaki hamun, serta ingin memutuskan hubungan adik-beradik.

Saya memang tidak mahu menolong dia menjadi penjamin. Sekarang dia sudah maki hamun saya cakap adik-beradik sombong, tidak boleh tolong.

Selepas itu, hendak putuskan hubungan adik-beradik. Bagaimana ya?

Dr. Azizul menerusi kapsyen hantarannya berkias, sekiranya seseorang itu telah menunjukkan petanda yang kurang baik sebelum sesuatu keputusan dibuat, maka lebih baik dielak sepenuhnya.

Apakah kita tidak boleh berfikir apa bakal terjadi? Apakah ada jaminan bahawa jika berhutang akan dapat kembali? Apakah kita yakin, jika ada masalah tidak bayar nanti akan diselesaikan dengan baik?

Semua perkara dalam hidup ini ada tanda dan petandanya. Ia tidak berlaku dengan tiba-tiba maka, sayangi diri sendiri dahulu.

Hidup ini kena jadi rasional dik, perlu berhenti sebelum bermula

Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad

SKIP THIS AD ×