Adik ipar kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Alieya MZ meraih keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Malaysia (SPM), pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Dedah Alami ‘Baby Blues’ Semasa Berpantang Anak Kedua – ‘Orang Lupa Ibu Juga Perlu Dijaga’
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Cemas Anak Sulung Hampir Pitam Selepas Bermain Panas – ‘Saya Lihat Dia Ada Talasemia Macam Saya’
Hadiah arwah ibu
Berita gembira itu dikongsi suami Shila iaitu pempengaruh media sosial, Ubai MZ melalui hantaran terkini di Instagram Story (IG Story).
Menerusi perkongsian tersebut, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah atas kejayaan adik perempuannya itu.
Assalamualaikum mak, anak bongsu mak dapat straight A untuk SPM. Hajat dan impian mak tercapai.
Ucapan tersebut turut didedikasikan buat Allahyarhamah ibunya, Rohani Jamal. Dalam pada itu, Ubai akui berbangga dengan keputusan cemerlang Alieya.
Sebak dan bangga kami. Anak-anak lelaki mak dulu cukup makan je result tapi Alhamdulillah, berkat doa mak, kami berjaya juga. Ubai rindu mak. Ini untuk mak.
Untuk rekod, Rohani Jamal menghidap kanser ovari tahap tiga dan mengalami pendarahan pada bahagian rahim sebelum disahkan meninggal dunia pada 30 Julai.
Sumber: Instagram