Kemelut rumah tangga Zehra Zambri terus menjadi perhatian selepas adik kepada penyanyi itu tampil bersuara mempertahankan kakaknya.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Letih, Langkah Terbaik Diam’ – Zehra Zambri Tak Mahu Bincang Luar Mahkamah, Minta Segera Dilepaskan

Artikel Berkaitan:  Suami Dakwa Dipukul Zehra Zambri Sebanyak 4 Kali Sepanjang Perkahwinan – ‘Paling Latest Masa Separuh Akhir GV11’

‘Sabarlah kakakku..’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Zawir Zambri berharap agar kakaknya itu terus tabah dan kuat menghadapi pelbagai dugaan termasuk kecaman serta fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Sabarlah kakakku, ujian untuk jadi kami lebih kuat. Biarlah netizen kecam, herdik dan caci maki kamu atas fitnahnya, Mereka tdak tahu hal sebenar, Allah ada Maha melihat.

Lebih mengejutkan, adiknya turut berkongsi satu foto lebam yang didakwa dialami Zehra ketika tempoh berpantang pada 3 Januari 2023.

Zawir mendakwa penyanyi itu turut berdepan tekanan emosi dan mental yang serius akibat provokasi suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin.

Semasa isteri pantang pada 3 Januari 2023, apa kejutan yang kau bagi dekat dia? Selepas pantang, bergelut dia dengan emosi dan mental setelah kau provoke dia macam-mcaam. Masalah duit dan lain-lain dia kena fikir.

‘Bro kita selesaikan di mahkamah’

Zawir turut menafikan dakwaan bahawa penyertaan kakaknya dalam program realiti Gegar Vaganza (GV) menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan itu. Dia juga menyarankan kepada abang iparnya agar segala isu yang berlaku diselesaikan di mahkamah.

GV penyebab? tidak, lama dah benda tu berlaku. Kami sekeluarga banyak beri peluang kepadanya untuk berubah, tapi makin teruk. Sekarang play victim.

Bro kita selesaikan di mahkamah ok, tak perlu jaja hal rumah tangga dekat umum. Makin dinafi, makin banyak aib kau sendiri terkeluar.

Pada 7 Mac lalu, Zehra memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadap suami selepas mendakwa selama tiga tahun berkorban mempertahankan rumah tangga.

Pada prosiding pertama yang berlangsung pada Khamis, Iqwan bagaimanapun enggan melepaskan Zehra dan mahkamah memutuskan kedua-dua pihak menjalani proses Jawatakankuasa Pendamai (JKP) pada 7 Mei depan.

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.

Sumber: Instagram Zawir Zambri