Seorang individu mempersoalkan tindakan penyanyi Adira Suhaimi yang keluar bekerja meskipun belum habis tempoh edah selepas diceraikan bekas suami, Datuk Red pada 23 April lalu.
Artikel Berkaitan: Datuk Red Sah Cerai Talak Satu Dengan Datin, ‘Hilang’ 2 Isteri Sekali Gus Dalam Tempoh 21 Hari
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Respon Kini Pikul Status Ibu Tunggal – ‘Nak Tak Nak, Kena Harungi Juga’
Kerja untuk sara keluarga
Tampil menjawab pertanyaan tersebut, pemilik nama lengkap Siti Adira Suhaimi, 33, memberitahu dia perlu bekerja bagi mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara empat orang anaknya.
Saya bukan balu yang cerai mati. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi.
Kalau saya duduk rumah, siapa yang nak bagi makan pada anak-anak. Anak yang empat orang dekat rumah siapa nak bagi makan?
Isteri yang dalam edah selepas kematian suami pun boleh keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan.
Adira menjelaskan mengenai perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menyokong kenyataan yang dibuat pelantun lagu Ku Ada Kamu itu.
Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.
Adira bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah iddah dan mutaah daripada Datuk Red kerana memahami keadaan bekas suami yang mengalami masalah kewangan.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.
Video
@adirasuhaimi.ami Replying to @DKay awas eh dekkk awak terbaik awak no syatu ! satu video tuk adikk #fyp ? original sound – adirasuhaimi.AMI
Sumber: TikTok