Penyanyi, Adira Suhaimi hadir ke mahkamah pagi ini bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk kes perceraian yang difailkannya terhadap suami, Datuk Red.
Artikel Berkaitan: Buat Trend Lagu ‘Dasar Buaya Cinta’ Di TikTok, Netizen Terhibur Lihat Adira Selamba ‘Perli’ Datuk Red
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Ajak Tapi Suami Datang Nak Tengok Anak..’ – Adira Jelas Kehadiran Datuk Red Ke Famili Duo
Hakim tegur
Emma Suhaimi iaitu adik kepada penyanyi tersebut turut hadir ke mahkamah selaku wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) manakala Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu hadir seorang diri tanpa wakil.
Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar yang mendengar kes selebriti itu bertindak menegur Datuk Red yang dilihat sengaja melambat-lambatkan kes dalam melantik wakil JKP.
Ekoran itu, hakim kemudian menangguhkan kes berkenaan dan menetapkan tarikh 18 Disember ini untuk Datuk Red melantik wakil JKP daripada pihaknya.
Pada 25 Oktober lalu Adira memfailan perceraian kali kedua terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.
Difahamkan permohonan berkenaan merupakan kali dua dilakukan oleh pelantun lagu Ombak Rindu itu setelah memfailkanya kali pertama pada 1 April 2019.
Demi anak-anak, Adira menarik semula permohonan tersebut selain untuk memberi peluang kepada suami dan cuba memperbaiki perhubungan mereka.
Permohonan perceraian tersebut dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-udang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Untuk rekod, Adira bernikah dengan ahli perniagaan itu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayub, setahun.
Sumber: Mstar