berita

Adira Fail Permohonan Cerai, Datuk Red Masih Ingin Bersama

October 9th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini penyanyi Adira Suhaimi, menafikan bahawa dirinya dan suami Datuk Seri Adnan Abu sudah bercerai. Menurut Adira, gosip tersebut sekadar rekaan yang bertujuan melemahkan dirinya.

Terbaru, penyanyi lagu Pujaan Hati itu dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suami. Walaubagaimanapun,  Datuk Red mendakwa tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.

Mahu memfailkan perceraian

Menurut Adira, jadual asal perbicaraan permohonan cerainya akan berjalan pada pukul 9 pagi hari ini. Namun, jadual tersebut diubah pada pukul 3 petang kerana permohonan cerai itu diketahui oleh umum. Datuk Red walaubagaimanapun menafikan isu penceraian dan hanya menganggap ianya khabar angin seperti mana yang diperkatakan sebelum ini.

Berita mengatakan saya dan Adira mahu bercerai itu adalah palsu kerana kami masih bersama. Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim. Pagi semalam saya bersarapan bersamanya seperti biasa sebelum keluar bekerja. Hubungan kami baik dan mesra.

Pertahankan rumah tangga

Terbaru menerusi Instagram live Berita Harian, Datuk Red memberitahu bahawa dia ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama penyanyi itu. Menurutnya, dia melakukan hal demikian kerana masih sayangkan isteri dan anak-anaknya. Sebagai suami dan bapa, dia mengakui alpa dengan kehidupan dunia namun akan gunakan peluang yang ada untuk memujuk isterinya semula dan menarik balik permohonan yang difailkan.

Menurut Adira pula, memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama Datuk Red merupakan pilihannya sendiri termasuk perceraian yang difailkan. Dia berharap proses perceraian tersebut dipermudahkan dan andai jodoh mereka tidak panjang, itu semua sudah ditakdirkan. Mengulas mengenai melakukan hubungan intim, Adira memberitahu bahawa suaminya itu bergurau dengan salah seorang wartawan, namun disalah anggap oleh netizen. Adira turut memberitahu dia sudah memfailkan permohonan tersebut pada beberapa bulan yang lalu, namun ianya memakan masa yang lama disebabkan dia mengandung.

Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Harian Metro & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×