Tiada angin tiada ribut, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dan suami Datuk Red sedang berdepan masalah gara-gara jarang memuat naik foto bersama di media sosial.
Tidak benar
Menurut Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Ujarnya lagi, sebagai seorang selebriti dia sudah lali dengan isu sebegini.
Saya tiada komen tentang apa yang anda dengar itu selagi tiada kenyataan daripada mulut saya sendiri. Jangan buat spekulasi. Orang luar boleh cakap macam-macam. Nak kata rimas pun tak boleh sebab memang lumrah sebagai selebriti semua perkara orang nak ambil tahu.
Pada masa yang sama, Adira memberitahu ketika ini fokusnya hanya kepada tumbesaran empat anak-anaknya bersama suami dan enggan melayan perkara diperkatakan orang lain mengenainya.
Di samping itu, pelantun suara ‘Ilusi’ ini berkata, dia sedang sibuk dan memberi fokus terhadap pertandingan Famili Duo musim ketiga (FD3) bersama adik perempuannya iaitu Emma Suhaimi.
Sekadar info, FD3 sedang bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton. Selain Adira, ia turut menampilkan lima pasangan duo lain iaitu Shila Amzah dan Amir Syahir, Ryan Bakery dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta Fuad Rahman dan Tom.