Penyanyi, Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangganya dengan bekas suami, Datuk Red akhirnya menemui titik noktah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Salam Datuk Red Minta Berkat Sebelum Ke Umrah, Netizen Doa Tak Jadi Berpisah – ‘Harap Jumpa Jawapan Di Makkah’
Artikel Berkaitan: Bagi Saya Peluang Beraya Dengan Anak-Anak Untuk Kali Terakhir Sebagai Suami’ – Datuk Red
Semua dah selesai
Adira ketika ditemui OhBulan! selepas sah bercerai berkata doanya seakan dimakbulkan ketika dia mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci, baru-baru ini.
Alhamdulillah, semua dah selesai. Saya sangat bersyukur sebab akhirnya dah selesai. Saya banyak berdoa agar Allah lembutkan hati dia (Datuk Red).
Sejujurnya saya memang banyak berdoa di Tanah Suci. Alhamdulillah saya sangat bersyukur doa makbul.
Adira berkata demikian sejurus selesai perceraiannya dengan Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Dalam pada itu, pelantun lagu Ombak Rindu itu berkata dia akan mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami agar mudah untuk mereka berkomunikasi selepas ini.
Tak semestinya nak bercerai kena bergaduh, tak perlu nak buka aib pasangan masing-masing. Macam mana pun anak-anak tetap kami akan besarkan bersama.
Kami ambil langkah untuk tidak bergaduh supaya senang untuk berhubung selepas itu (cerai).
Hari ini, Adira sah bercerai talak satu selepas lafaz talak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi.
Abdul Hadi Omar turut mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
Sementara itu, Datuk Red ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.
Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.
Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.
Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.