berita

Aduan Tak Dilayan, Graduan UM Nak ‘Face To Face’ Dengan Naib Canselor

October 18th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini graduan Wong Yang Ke mencetuskan kontroversi selepas aksi kurang sopan pelajar itu mengangkat ‘placard’ dikecam ramai. Malah, pelajar itu turut berani melaungkan slogan menolak kepimpinan naib canselor universitinya. Ekoran peristiwa itu, orang ramai menggesa pihak UM menarik ijazah yang diterima.

Terbaru, menerusi Harian Metro, dia meminta agar Datuk Dr Abdul Rahim Hashim selaku Naib Canselor universiti itu berdepan dengannya untuk ‘berdamai’.

VC patutnya berdepan dengan saya – Yang Ke

Menurut Wong Yan Ke, dia masih menunggu jawapan daripada Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk berjumpa dengannya bagi tujuan rundingan damai itu.

Pada saya, beliau sepatutnya berdepan dengan saya, bukannya berdiri di belakang persatuan atau sebagainya, malah menyorok selepas laporan polis dibuat.

Sebelum ini pun, saya pernah beberapa kali menghantar surat dan memorandum berkenaan isu lain membabitkan mahasiswa tetapi beliau tidak pernah memberikan maklum balas.

Ya Ke turut meminta agar Naib Canselor itu terlebih dulu meminta maaf atas kenyataan beliau yang dianggapnya sebagai perkauman sebelum dia meminta maaf atas tindakannya.

Dia juga perlu meminta maaf kerana menyalahgunakan kuasanya untuk mengadakan kongres yang berbaur perkauman (sebelum) ini.

Kesatuan menyokong penuh kepimpinan VC

Selain itu, Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM) dan Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas Universiti Malaya (PEKERTI) turut menyerahkan memorandum sokongan kepada Naib Canselor Universiti Malaya (UM).

Kami selaku kesatuan dan mewakili staf pelaksana yang bernaung di bawah UM menyokong penuh kepimpinan Naib Canselor dan pengurusan UM.

Kami juga bersetuju dan menyokong sekiranya pihak pengurusan mengambil sebarang tindakan terhadap graduan terbabit yang sudah mencemarkan nama serta maruah UM

Tidak setuju Naib Canselor letak jawatan

Dalam pada itu,menerusi FreeMalaysiaToday, Presiden PEKERTI, Nor Aishah Samah turut menyifatkan tindakan Yan Ke adalah tidak beradab, malah tidak sepatutnya dilakukan penuntut institusi pengajian tinggi.

PEKERTI sentiasa menyokong kebebasan bersuara dalam kalangan penuntut dan kakitangan. Bagaimanapun, ia harus disalurkan secara diplomasi dan beretika menggunakan platform sewajarnya.

Sementara itu, Abdul Rahim tidak memberikan sebarang kenyataan dan hanya tersenyum walau menerima sendiri memorandum itu.

Sumber : Harian Metro, FreeMalaysiaToday, Malaysia Kini

The following two tabs change content below.