berita

Wanita Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Universiti Malaya

October 24th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, Malaysia dilanda hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan. Semalam, satu tragedi yang meragut nyawa disebabkan hujan lebat dan angin kencang telah berlaku di pintu utama Universiti Malaya. Kejadian berlaku apabila pokok tumbang secara tiba-tiba dan menghempap mangsa serta beberapa buah kenderaan lain.

Meninggal dunia di tempat kejadian

Menerusi Astro Awani, Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, telah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.31 petang sebelum menghantar 8 anggota ke lokasi kejadian.

Anggota tiba pada 5.44 petang dan mendapati mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti itu telah dihempap sebatang pokok di hadapan pintu masuk utama universiti.

Mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Terdapat juga pokok tumbang yang menghempap tiga buah kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran.

Keadaan mangsa yang berlipat

Harian Metro turut melaporkan kenyataan dari individu yang terawal tiba di lokasi kejadian yang dikenali sebagai Maszinizam Masri. Menurutnya, mangsa berkemungkinan berjalan sambil memegang payung dan tidak perasan akan pokok tumbang. Keadaan mangsa yang berlipat disyaki kerana tidak dapat menyelamatkan diri.

Ketika kejadian, saya berada di pejabat sebelum dimaklumkan pihak keselamatan mengenai kematian mangsa yang dihempap pokok.

Mangsa dikatakan sedang berjalan sambil memegang payung di kawasan itu, mungkin sebab itu mangsa tidak nampak atau perasan pokok tumbang.

Pokok itu benar-benar menghempap bahagian kepala mangsa, berkemungkinan mangsa mengalami patah tulang belakang berdasarkan keadaan mayatnya yang berlipat.

Mungkin disebabkan faktor hujan lebat dan banjir sejak kebelakangan ini menyebabkan struktur tanah agak longgar menyebabkan ia mudah tumbang.

Sumber: Astro Awani, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!