berita

[VIDEO] Aksi Kurang Sopan Graduan ‘Menjerit’ Ketika Majlis Konvokesyen Universiti Malaya Dikritik

October 14th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Majlis konvokesyen merupakan istiadat rasmi yang ditunggu-tunggu oleh setiap graduan universiti. Segala penat lelah mereka selama ini terbayar semasa menaiki pentas untuk menerima skrol. Melihat senyuman kegembiraan yang terpancar dari wajah ibu bapa yang turut sama hadir menyaksikan hari bersejarah ini bagaikan satu kepuasan kepada semua graduan.

Namun, lain pula yang berlaku sewaktu konvokesyen di Universiti Malaya. Seorang graduan jurutera universiti tersebut yang dikenali sebagai Wong Yang Ke, dikatakan telah melakukan aksi kurang sopan dengan mengangkat ‘placard’ meluahkan rasa kurang senang terhadap Naib Canselor universiti tersebut. Rata-rata netizen mengecam tindakan itu kerana didakwa tidak menghormati majlis yang penuh istiadat. Walau bagaimanapun, menerusi Facebook miliknya, dia telah menjelaskan sebab mengapa dia melakukan aksi sebegitu.

Mana kesopanan dan kesusilaan kau?

Menerusi Twitter Hazwan, dia beranggapan bahawa tindakan graduan itu tidak menghormati para tetamu dan adat istiadat konvokesyen. Dia turut memperingatkan tentang rukun negara yang ke-lima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Hal ini kerana tindakan graduan itu tidak mencerminkan kesopanan rakyat Malaysia.

Jenis tak tau adab

Rata-rata netizen mengecam tindakan graduan tersebut dan berharap agar skrol yang diambil akan digantung. Tindakan ini juga didakwa seperti melahirkan graduan tanpa akhlak.

Kenapa mengangkat placard di atas pentas?

Menurut Wong, dia melakukan aksi sedemikian sebagai cara menunjukkan protes terhadap Naib Canselor Universiti Malaya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di sebuah perhimpunan baru-baru ini. Baginya, dia mempunyai hak untuk bersuara dan mengkritik suapaya individu berkenaan memberi penjelasan.

Universiti awam kepentingan sesetengah parti

Dia turut mendakwa terdapat beberapa universiti awam di Malaysia dipergunakan untuk menganjurkan kongres perkauman terhadap beberapa agenda politik.

Naib Canselor harus lebih praktikal

‘Malaysia Baharu’

Keberanian untuk membawa perubahan

Sumber: Hazwan, Wong Yan Ke

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×