Sedar tak sedar sudah genap 5 tahun pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal melayari bahtera perkahwinan. Merpati dua sejoli ni sentiasa buat kita tersenyum bila melihat sweet moment mereka di laman sosial. Bagai pinang di belah dua gituu.
Apa yang terharunya lagi, Aeril Zafrel menghadiahkan sehelai selendang buat Wawa Zainal. Dan selendang itu custom made yee. Tertulis bait-bait cinta daripada Aeril buat Wawa. Melting admin tengok. Sweet sungguh Aeril ni ye.
Manisnya sampai ber’semut’.
To my lovely wife Wawa
Jika cintaku kerana ingin menjadikan dirimu sebagai ‘bidadari’ ku di Syurga kelak… Jangan kau paling wajahmu… Jangan kau tutup hatimu… I love you till Jannah
From Aeril
Cewahhh. Bukan main lagi ayat-ayat cinta Aeril buat isteri tercinta. Cantik pulak tu shawlnya.
Post Instagram pon ber’bunga’ jugak.
“Dapat bunga ja..” – Wawa
Dapat bunga je dari Aeril sempena anniversary kami yg ke5..Special nya bunga sy tu tak akan layu sampai bila2..Boleh pakai slalu hihi..Senyap2 je dia buat tudung ni kan..Siap ada quote lagi..Korang nak ke tudung macam ni?Boleh letak kata2 apa pun..Sesuai di buat hantaran/hadiah dll..??
Aiwahhh!! Comel nau tengok dua orang ni. Special tau. Wawa dapat bunga tak layu. Admin bunga plastik pon tak dapat.
Happy anniversary Aeril dan Wawa
Kredit : Aeril Zafril & Wawa Zainal